Pemilihan 2010: Mengukuhkan PKR untuk masa depan Malaysia
Saya telah pun mendapat pencalonan dari Cabang-cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Saya akan membuat pengumuman untuk menerima tawaran ini tidak lama lagi. Jika dipilih, berikut adalah antara cadangan yang akan saya laksanakan jika perubahan ini mendapat persetujuan pemimpin parti yang lain:
1. Mengambil inisiatif untuk mempelawa ramai lagi menyertai parti dan merangka perjuangan parti supaya lebih semangat dan dinamik, dan bukan berkisar kepada isu lama. Keadilan memerlukan lebih banyak keahlian dari yang ada sekarang dan aktiviti kemasukkan ahli-ahli baru mesti digiatkan. Kita perlu mempelawa sesiapa saja yang berkebolehan dan ingin memberi sumbangan, tanpa mengira baru atau lama, atau yang sudah "ditarbiah" atau pun belum. Meritokrasi dalam parti kita sama pentingnya dengan laungan meritokrasi dalam manifesto pilihanraya. Parti ini perlu lebih inklusif dari apa yang ada sekarang. Beberapa bekas ahli-ahli dan mereka yang berdiam diri ataupun kurang minat kepada parti (antara yang saya anggap "reformis sebenar") perlu dijemput kembali. Mereka yang berkebolehan mesti diberi peluang memikul tanggungjawab dan peranan yang lebih besar.
2. Kegiatan akar umbi menjadi ukuran penting kejayaan sesebuah parti politik. Cabang-cabang parti perlu diberi tenaga dan dokongan kewangan yang berterusan. Hari ini banyak Cabang "hidup segan mati tak mau" disebabkan faktor kekurangan sokongan kewangan. Saya mampu menghidupkan kembali kekuatan Cabang ini, termasuk mencari jalan mengisi tabung Cabang supaya kita mempunyai jentera yang kuat dan bersemangat. Dengan itu, Cabang dapat berfungsi dengan baik dan berkesan terhadap rakyat dan ahli-ahli parti yang lain di cabang masing-masing. Saya telah mengenalpasti punca utama kelemahan cabang-cabang disebabkan oleh kekurangan dana untuk menggerakkan kegiatan parti disemua peringkat walaupun pemimpin-pemimpinnya bersemangat tinggi.
3. Kekuatan Keadilan sangat kritikal bagi penyatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat. Hakikatnya, Keadilan perlu menguasai lebih kerusi di Parlimen supaya melayakkan kita menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat selain bertindak sebagai Ketua Pembangkang yang berkesan. Parti perlu mempunyai kekuatan tersendiri; kita juga perlu mempunyai hubungan akrab dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Saya mampu memainkan peranan ini dengan lebih berkesan supaya kekuatan parti terjamin. Kerajaan negeri yang dipimpin oleh rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat juga akan diberi peranan besar supaya usaha menguasai pelbagai lapisan rakyat bagi memastikan kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang dapat digerakkan bersama secara bersepadu.
4. Keadilan adalah parti berbilang kaum dan agama. Keunikan ini juga merupakan suatu kekuatan kita. Kejayaan kita menyatupadukan ahli-ahli dari kepelbagaian kaum, agama dan budaya ini adalah pengukur kejayaan usaha penyatuan kaum di negara ini. Sedangkan usaha penyatuan kaum ini ternyata gagal dilaksanakan oleh pemerintah sekarang walaupun telah lebih 53 tahun merdeka. Kita mempunyai ruang dan peluang yang terbuka luas untuk membuktikan bahawa impian kita untuk menyatukan kaum-kaum akan menjadi kenyataan oleh lebih 28 juta rakyat di negara ini. Ruang ini perlu diisi, peluang ini perlu direbut. Masanya telah tiba untuk melenyapkan prejudis dan syak wasangka antara kumpulan, kaum dan agama ini dari terus menguasai minda rakyat. Dasar pecah dan perintah sebagaimana diamalkan oleh pemerintah sekarang bukanlah cara berpolitik yang sihat dan progresif.
Justeru, sebagai sebuah parti politik masa depan, Keadilan perlu menghidangkan wadah perjuangan politik yang lebih terbuka dan demokratik yang melepasi sempadan kaum, agama dan budaya dalam konteks perlembagaan yang sedia ada supaya semua kepelbagaian ini dapat dimanfaat oleh seluruh rakyat di negara ini.
5. Seseorang pemimpin tidak akan berkesan kalau ia mempunyai masalah yang banyak (sama ada berbentuk politik atau peribadi). Masanya akan lebih banyak tertumpu untuk penyelesaian perkara-perkara ini dari melunaskan masalah yang membabitkan parti dan rakyat. Saya (Zaid Ibrahim, gambar kiri) berkeyakinan saya mempunyai kemampuan untuk memberi tumpuan secukupnya kepada hal ehwal parti.
Memanglah, saya tahu ramai pemimpin kanan dalam parti yang menolak gagasan dan wawasan saya ini dengan berbagai-bagai alasan. Itu sebenarnya tidak penting bagi saya tetapi saya menyedari rakyat dan ahli-ahli parti telah cukup matang untuk melihat dan menilai setiap pemimpin yang ada. Maka terpulanglah kepada ahli-ahli menilai gagasan yang saya bawa ini.
Pemilihan 2010 adalah mercu tanda dalam sejarah negara dan untuk Keadilan. Dan jika ahli-ahli parti bersehaluan dengan cadangan-cadangan yang telah saya ajukan di atas, saya yakin yang perubahan dalam parti PKR mampu menjadi batu loncatan untuk mengubah Kerajaan kita.
*Tulisan blog Zaid Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijangka akan mengumumkan keputusannya untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR, dalam masa terdekat

No comments
Post a Comment