Perkasa: Azmin Layak Budak Kopi Anwar Sahaja
Perkasa gesa ahli PKR pilih Mustaffa timbalan presiden, tolak Azmin
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
Arman: Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar
KUALA LUMPUR, 4 Okt — Pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa yang kecewa dengan kenyataan Azmin Ali semalam, menggesa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengundi naib presiden itu yang bertanding jawatan timbalan presiden parti, sebaliknya meminta memilih Mustaffa Kamil Ayub.
Ketua Pemuda Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah berkata, Mustaffa adalah calon paling layak bagi jawatan timbalan presiden kerana latar belakangnya dari Abim.
“Mustaffa dari Abim, beliau mempunyai agenda Islam dan berjuang untuk kebaikan orang Melayu... Azmin di sebelah lain tidak berminat untuk memperjuangkan kepentingan komuniti orang Melayu,” kata beliau.
“Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar,” kata Arman.
Pemimpin Perkasa ini kecam Azmin berhubung kenyataannya ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan cabang PKR Gombak semalam.
“Azmin seharusnya menunjukkan hormat kepada negarawan atas sumbangan beliau kepada negara. Azmin tidak layak untuk menjadi ahli politik,” kata Arman.
Dalam ucapannya pada mesyuarat agung tahunan cabang Gombak semalam, Azmin berikrar akan melawan habis-habisan Perkasa dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu kerana memperjuangkan perkauman sempit.
“Ikrar saya akan melawan Perkasa habis-habisan termasuk juga individu yang sedang ‘tersungkur’ di Australia,” katanya.
Azmin bagaimanapun tidak menyebut siapa yang dikatakan tersungkur di Australia itu.
Difahamkan, ia merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne semalam bagi menerima rawatan akibat jangkitan kuman pada saluran pernafasan.
Tambah Azmin, selagi Perkasa tetap memperjuangkan kepentingan perkauman sempit, maka selama itulah mereka akan dilawan oleh PKR.
Jawatan timbalan presiden PKR setakat ini dijangka ditandingi oleh Azmin, Mustaffa dan anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim.
Mustaffa dan Azmin merupakan naib presiden PKR.
Mustaffa mengesahkan akan bertanding kerusi timbalan presiden Jumaat lalu.
Dari segi pencalonan Azmin berada di depan berbanding Zaid dan Mustaffa.
Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dipercayai menjadi pilihan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden.
Kecuali cabang-cabang yang bermasalah, hampir 200 bahagian sudah pun mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan masing-masing.
Pengundian peringkat pusat akan bermula hujung bulan ini selama tiga minggu.

No comments
Post a Comment