Pemilihan PKR: 3 Calon Timbalan Presiden, 19 Naib Presiden
Seramai tiga calon mengesahkan bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), 19 calon bagi jawatan naib presiden manakala 135 lagi calon untuk menganggotai Majlis Pimpinan Pusat (MPP) apabila tempoh pencalonan bagi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditutup 6 petang.
Bagaimanapun, kedudukan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden PKR terselamat apabila beliau tidak dicabar pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung November ini.
Sementara itu, persaingan merebut jawatan timbalan presiden menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan naib presiden Azmin Ali, ketua Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim dan ketua perhubungan negeri Perak Mustaffa Kamil Ayub.
Antara yang mengesahkan bertanding jawatan naib presiden ialah anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, anggota Parlimen Batu yang juga pengarah strategi parti Tian Chua, anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, exco Selangor Dr Xavier Jayakumar, anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan, anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam dan anggota Parlimen Subang Sivarasa Rasiah.
Bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK), ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin akan dicabar ketua cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin, manakala ketua Wanita Zuraida Kamaruddin pula berdepan dua calon lain iaitu anggota Jawatankuasa Biro Disiplin Pusat Animah Ferrer dan ketua Wanita Perlis Dr Suraya Sudin.
Bagi jawatan timbalan ketua AMK dan timbalan ketua Wanita, masing-masing menyaksikan dua calon, naib ketua AMK 11 calon, anggota Majlis Pimpinan AMK pusat 61 calon, manakala naib ketua Wanita sembilan calon dan anggota Majlis Pimpinan Wanita pusat pula 45 calon.
Timbalan setiausaha agung PKR Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman berkata senarai muktamad calon akan dikeluarkan 24 Okt ini, selepas tempoh bantahan selama tiga hari bermula Isnin ini berakhir.
Penerimaan pencalonan dibuka mulai 10 pagi hingga 6 petang tadi di luar pusat pencalonan di ibu pejabat PKR di Tropicana, Damansara di sini tanpa membabitkan sebarang insiden yang tidak diingini.
Pemilihan bagi jawatan tertinggi parti itu akan diadakan pada 31 Okt hingga 21 Nov, manakala kongres kebangsaan parti mulai 26 hingga 28 Nov.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment