Polis siasat laporan dibuat Timbalan Pengarah BTN WP

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Polis akan menyiasat laporan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin berhubung dakwaan laman portal berita ”Malaysian Insider” yang mendakwa beliau telah membuat kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.

Hamim, membuat laporan itu di Balai Polis Daerah Sentul pada pukul 12.30 tengah hari semalam, tetapi beliau enggan mengulas kandungan laporannya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan akan memanggil saksi lain jika ada, secepat mungkin.

"Kita juga akan menyiasat jika ada akta lain yang boleh disabitkan seperti Akta Hasutan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Minggu lepas Pergerakan Puteri UMNO juga telah membuat laporan polis berhubung perkara yang sama di IPD Sentul. – Bernama

No comments

Powered by Blogger.