Sekarang Masa Untuk Pemimpin UMNO Mencium Tangan Ku Li Selepas Dihina Dan Dibuang

UMNO Tak Pernah Pinggirkan Tengku Razaleigh - Ahmad Maslan

ALOR SETAR, 5 Okt (Bernama) -- Pemilihan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas membuktikan UMNO tidak pernah meminggirkan Anggota Parlimen Gua Musang itu walaupun beliau seringkali mempunyai pendirian yang berbeza dengan parti.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO tetap menghormati Tengku Razaleigh sebagai seorang pejuang UMNO yang amat berpengaruh dan telah menyumbang banyak jasa kepada rakyat khususnya di Kelantan.

"Walaupun ada kalanya mempunyai pandangan berbeza antara UMNO dan Ku Li namun ia tidak menjadi punca kepada berlaku permusuhan sehingga boleh merosakkan hubungan antara Ku Li dengan UMNO.

"Kadang-kandang percanggahan pendapat berlaku dalam satu-satu isu yang membabitkan rakyat, seperti isu royalti minyak dahulu adalah perkara biasa namun UMNO tidak bertikam lidah dengan beliau malah mengambil pandangan Ku Li sebagai satu cadangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Hari Raya Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kedah di sini pada Selasa.

Mengenai calon BN bagi pilihan raya kecil itu, Ahmad berkata pemilihan akan dilakukan pada mesyuarat peringkat pucuk pimpinan UMNO Sabtu ini.

No comments

Powered by Blogger.