Suspek utama kes bunuh Sosilawati buat laporan polis

KUALA LUMPUR 5 Okt. — Suspek utama dan adik lelakinya yang ditahan polis sejak 11 September berhubung dakwaan kaitan mereka dengan pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, membuat laporan polis di balai polis Teluk Panglima Garang semalam.

"Datuk” berusia 41 tahun itu dan adiknya berusia 38 tahun membuat laporan pada kira-kira 5 petang berhubung dakwaan mereka dinafikan hak representasi yang sah dan lawatan oleh anggota keluarga.

Adik-beradik itu yang juga peguam kini ditahan polis Selangor sejak Sabtu lepas, mendakwa bahawa rayuan awal mereka untuk mendapatkan representasi sah dinafikan ketika dalam tahanan polis Kuala Lumpur.

Dalam laporan itu, mereka juga mendakwa ketika dalam tahunan polis di ibu pejabat kontinjen polis Kuala Lumpur selama hampir tiga minggu, mereka dipaksa menandatangani satu dokumen. — Bernama

No comments

Powered by Blogger.