Shahril Mokhtar Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat PRASARANA

PUTRAJAYA, 4 OKT: Shahril Mokhtar hari ini dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Bhd secara kontrak bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Okt lalu.

Menurut kenyataan Kemeterian Kewangan, Shahril merupakan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak 7 Jun lalu, dan pelantikan beliau menggantikan Datuk Idrose Mohamed.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengangkutan awam negara dansebelum ini, pernah berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengangkutan, RapidKL, Penerbangan Malaysia Berhad, PriceWaterhouseCoopers dan Kumpulan Maybank.

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang ditubuhkan pada 11 Ogos 1998.

Prasarana dipertanggungjawab menyediakan pengangkutan awam yang lebih cekap dan berkesan untuk menyusun semula dan mengingtegrasikan pengangkutan awam bandar terutama di Lembah Klang.

– BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.