Tempoh Reman Suspek Kes Kehilangan Kontraktor Dari Sungai Petani Dilanjutkan
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Polis hari ini mendapat perintah melanjutkan tempoh penahanan reman lima suspek berhubung kehilangan seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah baru-baru ini sehingga 15 Okt depan.
Majistret Norhayati Ahmad Mansor mengeluarkan perintah itu pada 10.30 pagi di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil dekat sini hari ini bagi membolehkan mereka membantu siasatan kes kehilangan Mohd Syafiq Abdullah, 37, yang dilaporkan hilang bersama rakan niaga pada April lepas.
Mereka juga adalah suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Isteri Mohd Syafiq, Samson Nahar Mohamed Dali, 35, membuat laporan mengenai kehilangan suaminya pada 13 April di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Sungai Petani.
Datuk Sosilawati, 47, pemandu peribadi Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Polis kemudian mengesahkan mereka dipukul sampai mati sebelum mayat dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor.

No comments
Post a Comment