Video Kemalangan: 12 Orang Maut di Lebuh Raya Utara-Selatan

Nahas babitkan enam kenderaan termasuk dua bas

Bernama | SEREMBAN, 10 Okt — Sekurang-kurangnya 12 orang maut apabila dua bas, sebuah van dan tiga buah kereta terbabit dalam kemalangan di KM 223, Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Tol Simpang Ampat dekat sini malam ini.

Antara kenderaan yang terlibat dalam nahas paling buruk selepas Ops Sikap sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini ialah sebuah bas ekspres dan sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mereka yang terbunuh dipercayai penumpang bas Ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur.

Kemalangan dipercaya berlaku apabila bas berkenaan dikatakan terbabas masukke laluan bertentangan.

Bas itu kemudian dikatakan menghentam sebuah kereta di lorong bertentangan.


No comments

Powered by Blogger.