Yusmadi Serahkan Tanggungjawab MyDemocrwcy Watch Kepada Noor Amin

Oleh Suara Keadilan

YY9SHAH ALAM 19 Okt - Pengasas MyDemocracy Watch, Yusmadi Yusoff memaklumkan beliau akan menyerahkan tugas untuk menyambung perjuangan badan memantapkan proses demokrasi semasa Pemilihan KEADILAN 2010 kepada Pegawai Komunikasi di Pejabat Menteri Besar Selangor bagi mengelakkan konflik kepentingan.

Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata oleh kerana beliau juga akan bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti maka adalah lebih baik tugas MyDemocracy Watch disandang oleh pihak yang tidak terlibat dalam proses tersebut.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menunjukkan keperihatinan tinggi terhadap rentetan pengumuman saya untuk mewujudkan MyDemocracy Watch sempena Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2010. Pengumuman tersebut dibuat ketika kempen Pemilhan KEADILAN 2010 hangat diperkatakan. Sebagai wakil rakyat muda daripada KEADILAN di Parlimen Malaysia, juga pengamal profesyen guaman, adalah menjadi hasrat besar saya untuk melihat proses demokrasi subur semasa Pemilihan KEADILAN.

"Oleh kerana kini saya sendiri telah mendapat cukup pencalonan bagi jawatan Naib Presiden KEADILAN dan menyatakan kesediaan untuk bertanding dan menggalas tanggungjawab tersebut, kemungkinan konflik kepentingan berlaku adalah tidak dapat dielakkan. Justeru, saya merasakan adalah lebih baik untuk hasrat ini diserahkan kepada pihak lain yang diyakini mampu menjadi suara bebas untuk memperkasakan proses demokrasi di Malaysia, khususnya dalam waktu terdekat ini melalui Pemilihan Keadilan 2010.

"Setelah meneliti beberapa calon anak muda, saya fikir saudara Noor Amin bin Ahmad Zamil di Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan juga kini bertugas sebagai Pegawai Komunikasi di Pejabat Menteri Besar Selangor boleh mengambil tanggungjawab ini. Saya telah mengenali beliau hampir 10 tahun, sejak beliau menjadi pemimpin mahasiswa dan terlibat dengan banyak program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) serta badan pemikir bebas di Malaysia. Pandangan-pandangan beliau, selaku anak muda, melalui banyak tulisan dan juga penampilan di kaca televisyen seperti Astro Awani dan Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) telah menunjukkan kejelasan beliau tentang konsep serta prinsip demokrasi serta keberanian beliau untuk menegaskannya secara terbuka. Sebelum ini juga, saya telah banyak berbincang dengan beliau untuk meluaskan projek MyDemocracy Watch ini di peringkat lebih besar dan tidak terikat untuk Pemilihan KEADILAN sahaja," jelas Yusmadi dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di New York semalam.

Yusmadi berlata beliau meletakkan keyakinan tinggi bahawa penggantinya mampu menggalas tanggungjawab ini untuk masa depan demokrasi yang lebih baik di Malaysia dan menyeru semua pihak untuk membantu Noor Amin menggerakkan kempen demokrasi yang sihat untuk kebaikan semua.

No comments

Powered by Blogger.