Apabila Doa Tuan Guru Nik Aziz Dimakbulkan Allah..
"Alhamdulillah.. Pilihanraya sudah lepas, kehidupan rakyat kini berjalan seperti biasa walaupun ada di antara rakyat yang masih 'belum' mahu percaya akan keputusan PRU yang baru saja selesai beberapa hari yang lalu.. Surat khabar, televisyen, para bloggers kini sedang hangat dan sibuk membincangkan keputusan pilihanraya yang ke 12.. Ya..
Siapa sangka.. tiada siapa menyangka PAS mampu memperoleh keputusan yang cemerlang sebegini.. Berbagai faktor diluahkan media dan rakyat.. Dari berbagai faktor itu.. terdetik dihati saya satu faktor yang lagnsung TIDAK BOLEH dipandang ringan.. iaitu faktor DOA..
Ya.. DOA TGNA pada pagi Jumaat 7.3.2008 di Stadium Sultan Muhammad ke IV DI Kota Bharu.. tatkala Kerajaan Kelantan di serang dari segenap sudut dan ruang.. di mana media elektronik bertubi tubi setiap lima belas minit berkempen untuk BN..
Malah surat khabar juga menggambarkan PAS sedang 'kepanasan'.. tatkala segala galanya seperti sudah berakhir bagi PAS.. Tubuh kecil ketua kerajaan Kelantan itu bersama sama ribuan rakyat kelantan merintih dan sujud kepada Pencipta Sekalian Alam.. memohon pertolonganNya.. dan Alhamdulillah.. Pertolongan Allah sampai.. buktinya anda sekalian pun sudah maklum.. Kelantan selamat dari dirampas BN..
Apalagi bala yang bakal menimpa BN/UMNO selepas ini Allahualam bissawab.. tetapi yang perlu di insafi oleh semua penyokong PAS adalah pertolongan Allah ini.. oleh itu kita perlulah bersyukur dgn kemenangan ini, dan berdoa agar kemenangan ini tidak menjadi Istidraj dari Allah SWT.. kita juga perlulah sentiasa memperbaiki diri untk menjadi insan yang lebih baik dan bertakwa dan jangan sesekali buruk sangka dengan Allah SWT..Allah Maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui.."
No comments
Post a Comment