Musibah yang melanda umno
Ketentuan Ilahi yang berbentuk musibah yang agak pelik melanda senario politik tanahair hari ini. Tiada siapa sangka dan meramalkan kejadian sebegini terjadi kepada umno kursusnya yang begitu angkuh dan sombong dengan kuasa yang dimiliki.
Musibah yang terjadi adalah akibat sindrom angkuh pemimpin umno kepada Maha Pencipta langit dan bumi. Umnolah yang mencipta ajaran baru Islam iaitu Islam Hadhari yang telah mencetuskan kekeliruan kepada umat Islam di Malaysia.
Allah SWT tidak akan membiarkan agamaNya di buat semberono sedangkan ada ulamak² yang masih memeliharanya dengan baik. Mereka telah munajat pada Allah SWT didinihari dengan linangan air mata, nah sekarang Allah SWT telah membayar tunai kepada umno di atas kedajalannya.
Adakah orang umno percaya dengan perkara sebegini? Penulis sempat berjumpa dengan 2-3 orang yang kuat menyokong umno di sebuah surau, bertanya tentang solat hajat yang telah di buat oleh umat Islam yang mendokong perjuangan Islam. Apa kata mereka yang selalu ke surau? Bukan kerana solat hajatpun BN kecundang teruk, ini adalah fitnah yang cukup kuat dibuat oleh parti pembangkang. Tengoklah itu cerita orang surau, bagaimana mereka yang bukan kaki surau?
Orang umno dah jauh sesat dari kebenaran agama Islam yang juga menjadi agama ikutan mereka kononnya. Islam sekadar kosmetik bagi mereka, tidak lebih dari itu. Sebab itulah terlalu banyak perkara berkaitan dengan Islam dihalang oleh umno sendiri. Apa lagi yang kita harapkan dari sebuah parti kebangsaan melayu yang namanyapun inggeris. Kalau masih mengharap lagi, bermakna hanya tinggal harapanlah jadinya.
Sebab itulah orang melayu yang mengaku Islam dan berpegang dengan kuat ajaran Islam yang semestinya beriman dan bertaqwa pada Allah tidak akan bersama umno untuk menjadikan wadah hidup untuk dunia lebih² lagi akhirat yang kekal abadi. Semoga kita lebih megenali diri kita dan menjauhi umno untuk kesejahteraan dunia akhirat. UMNO SUDAH LAMA SESAT.
No comments
Post a Comment