Anwar: Umno akan bergolak lagi
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan bahawa barisan kabinet yang baru ini akan meningkatkan lagi pergolakan dalam Umno.Mengulas isu kabinet sebelum pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tengah hari tadi, Anwar berkata: "Cara Umno bergerak, mereka kini berada dalam masalah besar dan mereka tidak boleh lagi mendabik dada mendapat sokongan Melayu."
Anwar juga kelihatan mengetahui lebih awal bahawa Datuk Seri Rafidah Aziz akan digugurkan kali ini. "Apakah anda tahu beliau akan letak jawatan," katanya, dengan nada separuh bergurau, di sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya sewaktu Perdana Menteri sedang mengumumkan barisan kabinet di Putrjaya.Rafidah, yang memegang portfolio Perdagangan Antarbangsa dan Industri sejak 1987, antara tokoh kanan Umno yang digugurkan. Abdullah enggan mengulas pengguguran Rafidah, yang juga ketua Wanita Umno, dan menggantikannya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin."Saya tidak bincang sebab-sebabnya. Saya fikir beliau harus memberi peluang kepada muka baru," kata perdana menteri. Turut digugurkan kali ini, setiausaha agung Umno Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Hal Ehwal Dalam Negeri), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Pelancongan), Datuk Azmi Khalid (Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan Datuk Jamaluddin Jarjis (Sains, Teknologi dan Inovasi).

No comments
Post a Comment