MB Terengganu: Tiada majlis angkat sumpah - Terima watikah sahaja

"Pelbagai pihak yang mengikuti rapat perkembangan politik BN-Istana Terengganu kini semakin tertanya-tanya dan berdebar-debar apakah titik noktahnya ekoran kemelut ini.

Majlis angkat sumpah yang diwar-warkan media semalam yang akan dilangsungkan pada hari ini sebenarnya tidak berlaku dan diberitakan hanya majlis menerima watikah daripada MPPR kepada bakal MB baru Terengganu sahaja.

Majlis sebenar angkat sumpah akan diadakan dalam beberapa hari lagi, tetapi tidak dinyatakan tarikhnya oleh pihak istana.

W/pun kroni Idris masih bertahan dengan keputusan menyokong Idris, ada ura-ura 11 adun sudah sedia memberikan sokongan kepada Mat Said.

Ini bermakna, MB baru Terengganu akan selamat ditampuk kerusinya, manakala apabila tindakan diambil oleh J/K disiplin , mereka akan membentuk wakil bebas dan dijangka bergabung dengan adun pas membentuk kerajaan campuran.

Dato' Wan Mutalib, penasihat undang-undang pas ketika dihubungi sebentar tadi menyatakan Pas tetap berdiri teguh di belakang pihak istana dalam soal ini. Manakala, jika ada kesudian pihak adun yang dikenakan tindakan tadi, maka secara peribadinya, pas akan memberikan sokongan kepada MB baru.

berita akan diupdate kemudian....
"

No comments

Powered by Blogger.