16 Juta Pengguna Pra Bayar Di tipu!!!

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) mahu kerajaan segera menangani masalah syarikat pengendali telekomunikasi yang menipu pengguna telefon prabayar dengan memaksa mereka menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tidak perlu.

Pengarah NCCC, Darshan Singh, berkata ketika ini, kira-kira 16 juta pelanggan telefon prabayar ‘dipaksa’ membayar caj antara RM3 hingga RM5 setiap SMS yang tidak dilanggan, selain tidak mengeluarkan bil terperinci mengenai ‘bayaran paksa’ itu.

“Kami difahamkan pelanggan prabayar kerugian jutaan ringgit sebulan disebabkan caj SMS yang dihantar secara automatik ditolak daripada kredit panggilan tanpa kebenaran mereka.

“Kebanyakan pengguna perkhidmatan prabayar tidak tahu bahawa setiap SMS yang diterima itu dicaj mengakibatkan kredit panggilan mereka ditolak secara automatik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah kepenggunaan sempena pelancaran Kelab Pengguna Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Perasmian Minggu Jabatan Pengurusan dan Pemasaran Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UMT, di sini, semalam.

Ketua Pembangkang Lim Kit Siang membangkitkan isu itu dalam Parlimen setelah mendakwa Keng Yaik tidak mengambil sebarang tindakan berhubung memorandum yang dikemukakan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berhubung caj sistem pesanan ringkas (SMS) yang didakwa menipu pengguna.

"Kementerian sedar mengenai penipuan ini dan kata tindakan tegas akan diambil, tetapi semuanya pada mulut sahaja... sebenarnya kementerian tidur dalam perkara ini... ini jawapan retirement," kata Kit Siang.

No comments

Powered by Blogger.