Portfolio penuh Exco Kelantan


KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini mengumumkan portfolio 11 anggota Exconya yang baru selepas PAS berjaya membentuk kerajaan negeri buat penggal kelima pada pilihan raya umum baru-baru ini.Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yaacob ketika mengumumkan senarai itu berkata kerajaan negeri mengekalkan 11 portfolio seperti penggal yang lepas namun terdapat beberapa perubahan daripada segi nama portfolio.


Ketika mengulas senarai Exco yang diamanahkan memegang portfolio masing-masing, Ahmad berkata beliau yakin barisan yang dilantik kali ini mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat."Kita percaya dengan perancangan yang baik dari semua Exco di samping kerjasama yang baik dengan kakitangan kerajaan, segala pembangunan di Kelantan akan berjalan secara terancang," katanya.


SENARAI PENUHJawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli
Pengerusi: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah
Pengerusi: Dato' Ahmad Yaacob

Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
Pengerusi: Dato' Husam Musa

Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pepaduan Masyarakat
Pengerusi: Dato' Annuar Tan

Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan
Pengerusi: Dato' Takiyuddin Hassan

Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah
Pengerusi: Nik Mohd Amar Nik Abdullah

Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar
Pengerusi: Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman

Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO
Pengerusi: Abdul Fattah Mahmood

Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknolgi
Pengerusi: Che Abdullah Mat Nawi

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan
Pengerusi: Wan Ubaidah Omar

Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi
Pengerusi: Dr Mohd Fadhli Dato' Hassan

No comments

Powered by Blogger.