UMNO Meludah Ke Langit, Terpercik Di Muka Sendiri


"Itulah ungkapan yang sesuai ditujukan pada pimpinan UMNO dan BN angkuh itu. Ketika di Perak, banner dinaikkan dan perhimpunan diadakan oleh UMNO bagi menyatakan bantahan terhadap Lim Kit Siang atas kebiadapan pemimpin DAP itu memboikot Majlis Angkat Sumpah MB Perak YB Izar.

Apapun Lim Kit Siang wajar diberikan tabik hormat kerana keterlanjurannya itu di akui dan sanngup menghadap Dr Nazrin bagi meminta maaf atas keterlanjuran ucapannya. Inilah baru dikatakan lelaki sejati yang sanggup mengakui kesilapan dan kekhilafan sendiri.

Hari ini, sikap sebenar pemimpin UMNO terserlah. Mana Pemimpin UMNO yang bersuara mengenai kebiadapan ADUN BN / UMNO yang jelas membuat penderhakaan kepada Sultan Terengganu apabila terangan memboikot Majlis Angkat Sumpah MB. Rakan Tokei Judi Tengku Adnan Mansor secara terangan menyuruh YB terengganu yang menyokong MB baru akan dikenakan tindakan? Sungguh biadap rakan tokei judi ini semacam mencabar kuasa Raja.

Mana pemimpin UMNO bersuara? Semuanya tunggu PM memulakan. Kalau PM kata derhaka, maka semua akan menyokong manakala sebaliknya semua juga akan menyokong. Mereka inilah yang sering dikatakan oleh DSAI sebagai yang buta perut. Pemimpin UMNO suruh menghayati rukunnegara iaitu Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara walhal mereka sendiri tidak menunjukkan sikap sedemikian rupa.

Apapun, tahniah kepada BARISAN RAKYAT yang berjaya menghadapi cabaran dengan jayanya dan segala masalah dapat diatasi sebaiknya hasil muafakat yang jita barisan kepimpinan DAP, PAS dan PKR. Kita tidak perlu melatah macam UMNO untuk adakan demonstrasi seperti yang mereka buat di Perak, Pinang dan Selangor. Mereka mengutuk BARISAN RAKYAT sebagai pengkhianat Melayu walhal pemimpin mereka UMNO dan BN lagilah merupakan Pengkianat Bangsa, Negara Dan Sultan.
Mereka meludah ke kita tetapi Allah Maha Adil dimana ketika mereka meludah akhirnya ditiup angin, terkena muka mereka sendiri.

Sesungguhnya kita sedia maklum bahawa UMNO terutama Pemudanya yang lantang hingga buat demonstrasi agar tidak khianat pada Sultan terhadap pimpinan Barisan Rakyat mengapa diam ketika Terengganu yang dipimpin Parti mereka derhaka pada Sultan. Itulah sikap mereka yang sering munuding jari pada pimpinan orang walhal pimpinan sendiri taburkan tahi ke atas mereka ditelan bulat-bulat kerana taksub dengan kemewahan yang dilemparkan pada mereka.

Mereka inilah yang tiada pendirian yang menghancurkan institusi orang Melayu dan Kesultanan Melayu sebenarnya. Insya- Allah melihat apa yang berlaku di Terengganu, Harapan Barisan Rakyat untuk menawan kembali Negeri itu kini terbuka luas. Lipat gandakan usaha kita agar pada PRU 13 Barisan Rakyat akan menguasai Negara."

No comments

Powered by Blogger.