UPDATE:'Antara KJ,DJ dan JJ'


Oleh pemudainsaf

"
Assalamualaikum..


'salam suara rakyat'
Sebut pasal KJ ramai sudah boleh menangkap siapa kah lelaki yang dimaksudkan ini.Nama sebenarnya ialah Khairy Jamaluddin,adalah menantu kesayangan Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Abdullah Ahmad Badawi.Karier politiknya begitu menarik untuk diperkatakan.Sebelum Abdullah menjadi Perdana Menteri tidak seorang pun mengenali lelaki ini namun selepas kejayaan besar Barisan Nasional dalam PRU 11 2004,sedikit demi sedikit nama Khairy Jamaluddin wujud dalam kancah politik negara.

Bermula dengan memegang jawatan Naib Pemuda Umno,nama pemuda yang kononnya berasal dari Rembau ini mula melebarkan pengaruh politiknya.Kelibatnya lebih menyerlah dari Ketua Pemuda Umno sendiri iaitu Hishamuddin Tun Hussein.Empayar politiknya dilebarkan dengan meletakkan proksi-proksi beliau di segenap ruang yang difikirkan boleh oleh beliau.Dengan itu namanya kian menyerlah di persada politik negara.Namun kenyataannya bahawa beliau ingin menjadi Perdana Menteri termuda di Malaysia pada umur sebelum 40 tahun menyebabkan banyak pihak dalam UMNO terutamanya golongan senior yang turut berpeluang menjadi Perdana Menteri tidak senang dengan kehadirannya dalam UMNO.



Bercakap pasal singkatan DJ pula ramai juga yang tidak tahu siapakah DJ yang sebenarnya.DJ ialah singkatan kepada Deris Jusoh atau nama panjangnya Idris Jusoh iaitu bekas Menteri Besar Terengganu yang memimpin kejayaan besar UMNO/BN dalam PRU12,8 Mac baru-baru ini.Tidak banyak yang diketahui oleh P.I tentang penglibatan awal DJ dalam politik namun namanya mula menjadi perhatian apabila Barisan Nasional berjaya merampas kembali Terengganu dari tangan Pas pada PRU 11 2004.Sejak itu nama beliau melonjak naik.Hampir disetiap daerah di Terengganu memaparkan kejayaan Terengganu dimana diselitkan gambar beliau.

DJ juga dikatakan sebagai ‘Bapa Pembangunan Terengganu’oleh sesetengah pihak di Terengganu.Dibawah pemerintahan Deris Jusoh lah Terengganu menjadi sebuah negeri yang bertambah maju.Monsoon Cup,Pengistiharaan Terengganu Sebagai Bandaraya dan pembinaan Masjid Kristal yang menelan jutaan ringgit ‘wang rakyat’ antara kejayaan cemerlang Deris Jusoh yang sememangnya dihargai oleh rakyat Terengganu.Oleh sebab itu lah Barisan Nasional beroleh kejayaan cemerlang pada pilihanraya baru-baru ini.Walaupun terdapat khabar-khabar angin bahawa DJ menjadi MB boneka kepada Patrick Lim dan Mr KJ namun nyata rakyat Terengganu terlalu sayangkan DJ dengan mengundi beliau pada pilihanraya umum baru-baru ini.

Pasti ramai yang tahu siapakah yang memiliki gelaran Dato’JJ ini melainkan orang-orang di negeri Pahang terutamanya kawasan Parlimen Rompin.Nama penuhnya ialah Jamaluddin Jarjis.Juga tidak banyak yang boleh diperkatakan terhadap latar belakang politik JJ di dalam UMNO.Mula mencipta nama apabila memegang jawatan penting dalam TNB dan diatara pencetus idea asal penubuhan Univertiti Tenaga Nasional(UNITEN).Nama beliau tidak begitu popular di peringkat Nasional jika dibandingkan di peringkat parlimen diwakilinya.Masih segar di ingatan rakyat Rompin tentang berita skandal mencantas calon pilihan rakyat Rompin iaitu Dato’Hassan Ariffin.
Namun diera Pak Lah menjadi Perdana Menteri namanya mula meningkat naik apabila memegang portfolio Kementerian Sains Teknologi dan Komunikasi.JJ lah watak penting dalam menjayakan misi Pak Lah untuk menghantar angkasawan ke ISS bagi tujuan ‘mencari Ayah Pin’ yang masih gagal ditangkap.Dari hasil lawatan Sheikh Muzaffar ke ISS didapati pemimpin Kerajaan Langit itu tiada disana.P.I mengatakan misi tersebut begitu kerana misi ke ISS itu walaupun nampak baik untuk tujuan penyelidikkan dan pembelajaran namun pada saat kadar ekonomi negara yang kian menurun ianya lebih kelihatan sebagai satu pembaziran wang rakyat.Selepas kejayaan misi itu nama Dato’ JJ kian melonjak naik dan tidak hairan lah rakyat Rompin ‘terlalu’sayangkan JJ dengan memberi undi padanya dengan majoriti yang kian bertambah berbanding 2004.Mungkin jasanya membawa UNITEN ke Rompin,pembinaan Politeknik(yang masih belumsiap)dan pembinaan trek Drift dan Drag untuk golongan belia berlumba kereta dan motosikal begitu dikenang oleh rakyat Rompin.

Selepas 2minggu pilihanraya berlalu,nasib KJ,DJ dan JJ begitu berbeza sekali.JJ walaupun memenangi pertandingan dengan majoriti yang banyak sekali namun masih gagal untuk memikat hati Pak Lah untuk terus melantiknya sebagai menteri.Namanya tersingkir untuk kabinet pada tahun ini.Akhirnya peganglah beliau title “ahli parlimen”semata-mata tanpa dapat mengaut untung atas angin lain.Begitu juga dengan DJ,walaupun berjaya memastikan kejayaan BN di Terengganu namun sehingga artikel ini ditulis Terengganu terus mencipta rekod apabila menjadi negeri paling lama tidak mempunyai Menteri Besar.Perlantikan MB terpaksa di tangguhkan kerana dikhabarkan bahawa Sultan tidak memperkenankan DJ menjadi menteri besar.Akhirnya jadilah DJ sebagai exco negeri yang biasa tanpa ‘untung atas angin’ yang dapatnya dirompaknya pada kali ini.

Antara mereka bertiga yang paling bertuah nasib badan ialah KJ.Selain menantu kesayangan PM,KJ menang pilihanraya Parlimen Rembau dengan majoriti yang banyak,walaupun pada kiraan pertama dikatakan tewas dengan majoriti tipis sehinggalah datangnya peti-peti undi ajaib membantu beliau.KJ tidak disenaraikan sebagai Menteri kerana terdapat tentangan dari banyak pihak namun KJ tetap tersenyum puas kerana selagi Pak Lah berkuasa dia lah ‘Perdana Menteri’ yang sebenarnya.Dengan meletakkan ramai ‘orang-orangnya’dalam kabinet 2008 yang baru diumumkan KJ makin berkuasa dan segala urusan penjualan Malaysia kepada Singapura akan berjalan lancar.Apabila semuanya lancar,keuntungan yang diperolehi beliau dari hasil rompakan hak rakyat akan dinikmatinya sendirian.Mungkin ada dua tiga kerat warga Rembau yang memperolehi imbuhan kerana memastikan kemenangannya di Rembau baru-baru ini.

Begitulah nasib KJ,DJ dan JJ dalam ‘survivor’politik mereka didalam UMNO.DJ dan JJ sudah pun melalui zaman gemilang mereka dan kini mereka diambang kejatuhan pula.Semetara KJ baru mengecapi zaman gemilang dan kita tunggulah pula zaman kejatuhannya kerana ramai yang menantikan saat itu kerana sikap KJ yang begitu ‘merendah diri,menghormati pemimpin senior,tidak sombong,jujur,bukan samseng dan tidak suka bercakap besar’.Itulah kisahnya KJ,DJ dan JJ yang begitu taksub dengan keduniaan tanpa sesekalipun ingatkan kekuasaan Allah.Dua dah tersungkur,lagi satu menunggu masa je lagi tu.

No comments

Powered by Blogger.