Siapa lebih berkuasa... Sultan atau 23 Adun?
23 ADUN BN Terengganu akan memboikot majlis angkat sumpah MB baru.Tindakan itu adalah ekoran dari bantahan atas perlantikan Dato Mohd Said sebagai MB Terengganu yang baru dan sokongan kepada Dato Ideris Jusoh.
Persoalannya apakah pihak istana akan terpaksa menurut telunjuk 23 ADUN yang menderhaka itu? Apakah mereka tidak menyedari bahawa perlantikan MB adalah telah termaktub dan atas kuasa mutlak Sultan?
Apakah Sultan Terengganu telah melanggar undang-undang atau 23 ADUN tersebut yang buta undang-undang?
Tindakan 23 ADUN yang akan memboikot majlis angkat sumpah itu adalah sungguh biadap dan tidak mencerminkan sikap sesaorang yang boleh dijadikan pemimpin. Kalau dengan Tuanku Sultan pun mereka sanggup memprotes...apakan lagi dengan rakyat biasa yang mengharapkan khidmat mereka??? Apa lagi yang boleh diharapkan?
Nampaknya Dato Ideris Jusoh lebih berkuasa dari kuasa Sultan..Menghasut para ADUN untuk memboikot majlis yang akan diadakan. Diharap rakyat Terengganu dapat berfikir secara rasional dan apakah anda sanggup ber MB kan seorang yang sungguh biadap terhadap Tuanku Sultan?
Jika Lim Kit Siang hendak memboikot majlis angkat sumpah tempohari,bermacam-macam reaksi dari puak-puak BN...Yang marah geram dan tudak kurang pula ada yang cuba membangkitkan isu-isu perkauman...Tapi apakah tindakan yang akan kita lakukan bila 23 ADUN ini memboikot majlis angkat sumpah nanti? Apakah kita akan diam seribu bahasa? Kalau ini berlaku ia akan memalukan bangsa melayu itu sendiri...
Pada 23 ADUN Terengganu...ingatlah anda dilantik dan dipilih oleh rakyat...Bukan Deris JUsoh yang melantik anda sehingga anda berada ditempat anda sekarang.Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah segala-galanya... (Rosol pun berangan nak jadi MB ker???)
No comments
Post a Comment