Kerajaan BN bersalah pecat Salleh Abas, mesti mohon maaf - Zaid Ibrahim
KOTA BHARU: Bekas anggota Parlimen Kota Bharu, Senator Dato' Zaid Ibrahim hari ini membuat kenyataan menggemparkan apabila meminta kerajaan Barisan Nasional memohon maaf kerana memecat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.
Zaid yang baru dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal kehakiman dan undang-undang mengakui, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuat kesalahan besar apabila memecat Tun Salleh Abbas daripada jawatan Ketua Hakim Negara.
Sehubungan itu katanya, Kerajaan BN harus bertanggungjawab dan memohon maaf di atas kesilapan memecatTun Salleh Abas dan mencampuri urusan badan kehakiman.
"ia merupakan kesalahan besar kira-kira 20 tahun lalu yang meninggalkan kesan sehingga hari ini," demikian menurut Zaid.
Beliau berkata, tindakan tersebut juga memalukan negara apabila dunia memandang serong terhadap sistem keadilan Malaysia.
kelantankini.com

No comments
Post a Comment