TERBUKTI UMNO PARTI KHAWARIJ DI MALAYSIA


Berkat Doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz bersama rakyat kelantan di Stadium dihari sebelum berlaku pilihanraya ke 12 semakin kelihatan makbulnya. Kesan disebalik doa munajat itu, bukan sekadar BN yang dikepalai oleh UMNO semakin jatuh, bahkan keadaan politik parti mereka semakin kucar kacir.

Kekucar kaciran ini, bukan sekadar di lihat oleh rakyat Terengganu dan Perlis sahaja, bahkan sudah menjadi bahan berita yang tidak dapat disembunyikan dalam media perdana dan perhatian dari Negara luar.


Jika sebelum ini, ada sebilangan “golongan tiga suku” mendakwa PAS adalah parti khawarij, dan aku juga telah menjawab bahawa hakikat sebenar parti khawarij di Malaysia adalah UMNO, maka ternyata tulisan lalu itu kena pada sasarannya.

PAS mempertikaikan kepimpinan Pak Lah, tetapi tidak pernah mempertikaikan kuasa Raja-raja melayu dan Agong dalam mengurus “rumah tangga”.

Disebabkan “buta kayu” sebilangan penulis-penulis agama, mereka terus mendakwa PAS adalah parti Khawarij, ekoran usaha hendak menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong dalam himpunan bersih baru-baru ini.

Apa yang pasti, keadaan politik Malaysia sekarang telah membuka mata mereka, yang akhirnya mereka terpaksa akur bahawa, khawarij di Malaysia adalah UMNO.

POLITIK PERLIS DAN TERENGGANU

Kejadian di perlis banyak memberi kesan kepada suasana politik di Malaysia. Jika Perdana Menteri telah memberi “watikah” kepada Shahidan Kassim (kononnya sunnah) sebagai Menteri Besar Perlis, tetapi natijahnya mengejutkan, apabila keputusan dari pihak raja Perlis yang mahukan Mohd Isa Sabu sebagai Menteri besar Perlis.

Yang lebih mengejutkan lagi, Shahidan Kassim yang mendakwa Sunnah itu telah mengambil sikap yang bercanggah dengan ajaran gurunya yang merupakan Mufti Perlis, bahawa beliau tidak menghadiri majlis perlantikan dan mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar oleh Mohd Isa Sabu, yang sebenarnya tindakan beliau itu sudah cukup beliau dikira sebagai khawarij di perlis.

Keadaan yang sama juga berlaku di Terengganu. Dijangka dengan keadaan BN yang dapat mengekalkan kemenangan di Terengganu itu, menyebabkan BN akan tenang dalam memimpin Terengganu. Jangkaan itu tidak tepat, apabila pihak Istana sendiri telah menggunakan segala kekuasaannya agar tidak melantik Idris Jusoh untuk menjadi Menteri Besar di terengganu pada kali ini.

Tidak dinafikan kejahatan yang telah dilakukan oleh Idris Jusoh di masa beliau menjadi Menteri Besar terdahulu.

Politik terengganu kacau bilau. Orang-orang kampung mula berborak di kedai kopi menyatakan penyesalan mereka yang telah mengundi BN dalam pilihanraya ke 12 baru-baru ini.

Dengan kepeningan dalam menghadapi kacau bilau itu, pihak Istana sekali lagi membuat kejutan dengan melantik Mad Said menjadi Menteri besar Terengganu yang baru.

Mad Said yang merupakan ADUN Kijal merupakan seorang yang rata-rata rakyat terengganu mengenali perangai dan kejahatan beliau. Kejahatan yang dilakukan oleh Mad Said, bukan sekadar dibenci oleh rakyat terengganu, bahkan dibenci juga oleh pemimpin-pemimpin UMNO terengganu.

Aku mengagakkan, tujuan pihak istana melantik Mad said sebagai menteri besar ini ada rahsianya tersendiri. Mungkin dengan cara pihak Istana melakukan demikianlah, dapat pihak UMNO menyelongkar segala penyelewengan yang dilakukan oleh Mad Said, yang dengan itu, Mad Said tidak akan duduk senyap, bahkan memungkinkan beliau juga akan bangkit untuk mendedahkan segala penyelewengan dan skandal-skandal yang dilakukan oleh pendokong-pendokong “parti sebantal” dengan beliau.

Yang dengan ini, Pihak PAS tidak perlu lagi bersusah payah mencari maklumat kejahatan yang dilakukan oleh UMNO/BN, tetapi yang menyelongkarnya itu adalah pemimpin-pemimpin UMNO/BN sendiri.

Keadaan lebih memuncak kekacauannya, apabila diberitahu bahawa perlantikan Mad Said sebagai Menteri Besar itu mendapat bantahan hebat sehingga telah mengambil tindakan disiplin oleh pihak UMNO/BN yang dikepalai oleh Pak Lah At-Tiduri terhadap Mad Said.

Apakah UMNO/BN sedar, bahawa tindakan mereka itu sebenarnya telah mempertikaikan kuasa dan kedaulatan raja-raja melayu di Malaysia, yang dengan itu, UMNO/BN telah melanggar kandungan rukun negara yang menekankan kepentingan menjaga, mempertahankan kedaulatan dan memberi ketaatan setia kepada raja-raja melayu.

PENUTUP

Raja melayu merupakan ketua agama dalam sesebuah negeri atau negara. Tidak dinafikan, kuasa raja telah “dirogol” oleh UMNO/BN dalam masa pemerintahan Tun Dr Mahathir terdahulu.

Pun begitu, disebalik kuasa itu telah “dirongakkan”, tetapi pihak raja melayu masih lagi mempunyai ruang kuasa yang boleh digunakan.

Apa yang terjadi, pihak istana lebih cerdik dari UMNO/BN yang menjual agama, bangsa dan negara, maka bagi menjaga kedaulatan agama, bangsa dan negara, pihak Istana telah membuktikan kemampuan mereka dalam menyelongkar segala kejahatan yang telah dilakukan oleh UMNO/BN.

Jika dahulu, golongan peguam sudah menyatakan kebencian mereka secara terbuka terhadap UMNO/BN, maka kali ini, pihak istana menyatakan bantahan mereka secara terbuka terhadap UMNO/BN.

Diharapkan dengan keadaan yang berlaku ini dapat membuka “mata-mata buta” orang melayu bermazhab UMNO, agar dengan itu dapat melihat dan memilih antara batu dan permata.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani


http://al-bakistani.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

No comments

Powered by Blogger.