Kabinet: Ada pihak 'memberontak'?


PENGUMUMAN barisan kabinet baru oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tengahari tadi kini dikatakan menimbulkan “pemberontakan” di kalangan segolongan Ahli Parlimen BN.
Akibatnya, tiga Ahli Parlimen BN diberitakan akan menolak perlantikan oleh Abdullah - seorang dijangka menolak perlantikan sebagai menteri sementara dua orang lagi dijangka menolak perlantikan sebagai timbalan menteri.


Datuk Seri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang digugurkan hari ini, pula dijangka mengadakan satu sidang media di Kuala Lumpur esok.
Rafidah dijangka mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan mungkin juga akan mengosongkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Seorang lagi bekas menteri yang dijanjikan untuk dipindahkan ke portfolio baru juga dikatakan sedang “mengamuk” kerana tidak puas hati.


Sementara itu, banyak pihak menyifatkan perlantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai Penasihat Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial, adalah sesuatu yang sukar untuk dirasionalkan.


Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa perlantikan tersebut dikatakan dibuat oleh Abdullah apabila Shahrizat dengan serombongan pegawai utama Pergerakan Wanita UMNO Malaysia mengatakan kepada Abdullah bahawa Rafidah akan meletakkan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.


Demikianlah kelam-kabutnya situasi pentadbiran Abdullah hanya sejurus selepas kabinet barunya dilantik pada hari ini.


Beberapa negeri seperti Sabah, Sarawak dan Johor nampaknya masih mengekalkan status quo jumlah menterinya walaupun mereka menjadi nadi kekuatan BN dalam PRU12.
Sementara itu, ada pula komponen BN yang kalah lebih daripada setengah jumlah calonnya masih dikekalkan jumlah kerusi meterinya seperti dulu. Ini tidak mencerminkan langsung prestasi parti berkenaan yang mengecewakan BN. Ini juga membuatkan beberapa komponen lain kecil hati dengan Abdullah.


Dalam pada itu, bacalah berita di bawah ini yang saya petik daripada NST Online seperti berikut:


Sabah BN Parties Not Too Happy With Cabinet Representation
PUTRAJAYA, Tues: Although not lacking the Barisan Nasional spirit, ministers from Sabah are saying they have been forced to express the "unhappiness" of their parties following the Cabinet line-up announcement.


Datuk Mohd Shafie Apdal, one of three Ministers from Sabah to have been re-appointed in the Cabinet, said the expectations of Sabahans in this new Cabinet term were high, following the overwhelming performance of the state BN component parties in the recent general election.
"From the feedback since the announcement, the state had been expecting to see more of its representatives at senior Ministries. They also noted that some states, which had performed badly in the elections, were given more prominence in this new lineup."


Berdasarkan berita di atas, adakah beberapa pihak daripada Sabah yang kini berasa tidak puas hati dengan perlantikan kabinet Abdullah? Bagaimana pula dengan Sarawak dan Johor? Bagaimana pula dengan Perlis yang tidak langsung diwakili dalam kabinet baru Abdullah?
Akhir sekali, bagaimana agaknya jika segolongan Ahli Parlimen BN yang tidak puas hati berhijrah pula ke pihak pembangkang untuk membolehkan pembangkang menubuhkan kerajaan di peringkat pusat?

No comments

Powered by Blogger.