Ahmad Said di PECAT!
Ahmad Said di PECAT dari Umno dan ini telah di sahkan oleh malaysiakini yang membuat temubual melalui telefon dengan setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid.
Berita yang amat hangat lagi panas ini juga boleh dibaca di website online akhbar the star.
Perkembangan mutakhir ini pasti membuatkan rakyat Terengganu yang mengundi BN baru-baru ini menyesal tak habis kerana wakil yang dipangkah mereka sedang berbalah sesama sendiri untuk merebut kuasa Menteri Besar.
Boleh dikatakan, UMNO secara sendirinya telah memalukan diri mereka dan mempalit tahi ke muka sendiri, apatah lagi tempiasnya terkena pula pada Tuanku Baginda.
Apakah rasa hati Tuanku Baginda, negeri yang diperintah menjadi sebegini rupa semata2 merebut kuasa?
Bolehkan rakyat Terengganu berbangga dengan pemimpin yang mereka pilih ini?
Manakala, di pihak Paklah, situasi ini pasti membuatkan beliau semakin pening dan kacau!Aduhai Paklah, tak sampai sebulan PRU, bermacam-macam musibah melanda.Dapat kah Paklah menangani perkara ini dengan bijak atau membuatkan keadaan makin membarah?
http://malaysiakini.com/bm/
http://thestar.com.my/
No comments
Post a Comment