Lebih baik tidur dari jaga
PUTRAJAYA 14 Mac 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan memberi penekanan sepenuhnya bagi memperbetulkan sistem pelaksanaan pemerintahan serta menjamin wujud pengagihan saksama antara kaum dalam usaha memastikan tidak ada lagi perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat.
Perdana Menteri percaya terdapat hubung kait antara timbulnya perasaan tidak puas hati, terutama dalam pengagihan pelbagai kemudahan dan projek, dengan punca kurangnya sokongan rakyat terhadap parti Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang baru berakhir.
Mereka tidak menentang, tidak mengatakan tidak puas hati dengan rancangan pembangunan yang ditetapkan, (tetapi) mereka mempersoalkan tentang pelaksanaan, itu yang mereka kurang puas hati mengenainya, petikan Utusan Malaysia-15hb Mac 2008.
Bila membaca kenyataan di atas, atau mendengar wawancara dalam TV yang diperbuat oleh Bernama tanpa disoal oleh penyangak (bukan penasihat) politiknya Anuar Zaini, jelaslah Imam Besar Islam Hadhari - ada had ada hari yang jelas wajahnya baru bangun tidur tidak memahami isu.
Bagaimana pun dengan kenyataan “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad bahawa jelaslah bahawa di zaman dan masa pemerintahannya DEB-Dasar Ekonomi Baru tidak berjaya kerana beliau masih lagi bertindak dalam konteks “try and error” atau cuba dan salah. Walhal DEB sudah dicemerlangkan oleh zaman pemerintahan Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan 22 tahun di zaman Tun Dr Mahathir Mohemad.
Pengakuan Abdullah Hj Ahmad itu tidak menyusahkan bagi mereka yang memahami politik untuk mencari sebab kenapa rakyat menolak pimpinannya dalam Barisan Nasional dan menterjemahkannya di PRU-Pilihanraya Umum ke 12. Kerana semua orang tahu dasar ekonomi baru hanya sekadar pelacur kepada Abdullah Hj Ahmad bagi memuaskan nafsu memperkayakan anak, anak menantu, adik beradik termasuk bekas adik iparnya.
Jika difikirkan kenyataan Abdullah Hj Ahmad dia masih dalam keadaan bingung lagi bila menyatakan bahawa rakyat marah kerana pengagihan projek-projek atau ayat mudahnya kontrak-kontrak atau tender yang dikeluarkan dari kerja memotong rumput atau memungut sampah di pihak berkuasa kerajaan tempatan membawa projek mega seperti Taman Tamadun Islam di Terengganu, siapa yang dapat? Begitu berapa juta rakyat yang membuat perniagaan kontrak termasuk yang ada kelas F.
Belum termasuk projek jambatan kedua di Pulau Pinang yang harganya berlipat kali ganda dari harga tawaran projek itu oleh satu syarikat yang menilai hanya 1.7 bilion tetapi sekarang mencapai harga sampai 4 bilion, siapa di belakang harga yang tinggi itu. Siapa yang ambil komisen RM500 juta di atas pinjaman yang diberikan oleh China .
Semua itu perlu jawapan dari Abdullah Hj Ahmad.Soalnya dalam masa kempen tidak pula terdengar akan isu pemberian tender kepada pelbagai kaum menjadi agenda kempen sebaliknya ialah soal tiga KKK yang mengandungi Kroni yang ada hubungan keluarga seperti anak, anak menantu, adik beradik dan bekas adik ipar.
Kawan-kawan seperti Patrik Lim dan beberapa orang dalam kumpulan sahabat (satu kumpulan macam mafia politik yang diketuai oleh Shagul Hamid Ketua Pengarah BTN - Biro Tata Negara dan Korupsi atau rasuah yang bermaharajalela di zamannya.
Bukan disindir orang bahawa di Indonesia dahulunya rasuah di atas meja, dan di Filipina rasuah di bawah meja tetapi di Malaysia dengan meja-meja nya sekali rasuah. Isu rasuah kalangan pemimpin UMNO terus berleluasa, berdasarkan kedudukan setiap orang rakyat tempat akan tahu asal usul wakil rakyatnya. Di Pulau Pinang sendiri bahawa orang Melayu tahu asal usul wakil rakyat itu. Tetapi bagaimana dengan tiba-tiba wakil rakyat UMNO memiliki rumah yang dianggarkan berjuta ringgit dengan tidak mempunyai pejabat perniagaan sebelum menjadi wakil rakyat.
Jelas dan nampak kebodohan Abdullah Hj Ahmad sekampung dengan kebodohan orang UMNO di Pulau Pinang bila memutuskan supaya semua projek mega yang dirancang digesa kerajaan Persekutuan membatalkannya. Sepatut untuk satu peperangan psikologi UMNO Pulau Pinang meminta supaya projek Persekutuan yang dirancang di Pulau Pinang diteruskan oleh Kerajaan DAP dan jangan dibatalkan.
Dan sekarang jika dibatalkan oleh DAP, ia adalah atas permintaan UMNO dan mungkin DAP menghormati keputusan UMNO itu. Dan gilanya pemimpin UMNO Pulau Pinang ialah meminta juga menarik balik perkhidmatan sistem RAPID di Pulau Pinang . Adakah mereka tahu bahawa RAPID itu dibuat atas wang kenaikan harga minyak dan dalam akaun ia adalah untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam.
Hari ini UMNO menjilat dan menelan balik ludah-ludah yang dibuangnya bila mana mengadakan demonstrasi di Komtar Pulau Pinang dan orang yang pertama mendapat nikmat perjuangan Barisan Alternatif yang dibuat oleh PAS yang menghalalkan demonstrasi jalanan ialah UMNO sendiri walau ide itu ditentang oleh Abdullah Hj Ahmad dan Najib Tun Razak yang kononnya akan merosakkan negara.
Sang Kelembai: Abdullah Hj Ahmad memang tidak tahu bahawa dia sudah ditipu melalui laporan JASA, KEMAS,BTN dan berbagai agensi politik yang lain termasuk Special Branch kerana jika laporan mereka semua betul dan tidak berbohong, isunya ialah kemarahan rakyat kepada Abdullah Hj Ahmad dan anak menantunya. Sepatut Abdullah Hj Ahmad sudah perlu muhasabah dirinya sendiri atau terus tidur kerana orang-orang UMNO lebih suka dia tidur daripada jaga atau terbangun.
No comments
Post a Comment