Sultan Kelantan rakam tahniah kepada Menteri Besar

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra merakam ucapan tahniah kepada Menteri Besar dan ahli-ahli Exco serta wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Oleh itu titah baginda kerajaan negeri yang baru dibentuk diharap dapat melaksanakan pembangunan bagi membolehkan rakyat hidup aman dan sejahtera.
Baginda bertitah, ahli Exco perlu memainkan peranan berdasarkan portfolio masing-masing secara bijaksana mengikut saluran yang ditetapkan.

�Jadilah pemimpin yang bertakwa dan ingatlah kita akan mati dan orang di sekeliling kita tahu apa yang dilakukan.

�Elakkan pembaziran di samping mengambil langkah yang lebih berkesan dan mantap bagi menjana sumber pendapatan negeri.

�Pastikan perbelanjaan kerajaan diurus tadbir dengan baik dan cekap di samping mencari sumber baru bagi peningkatan punca hasil negeri dengan menjadikan sumber mineral seperti minyak dan emas sebagai sumber baru,� titahnya pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-58 di Istana Balai Besar di sini, hari ini.

Sebelum itu baginda memeriksa perbarisan dan menerima tabik hormat daripada pasukan keselamatan di Padang Merdeka.

Sultan Kelantan juga menyeru semua pihak supaya memelihara sumber hasil negeri dengan merancang pembangunannya sebaik mungkin dan mematuhi undang-undang serta peraturan berkaitan.

Terdahulu baginda menyempurnakan Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri bagi Darjah Kebesaran kepada seramai 79 penerima.

Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali Panglima Tentera Laut, Markas Tentera Laut mendahului senarai penerima anugerah Darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (S.P.K.K).

Dikuti Leftenan Jeneral Datuk Mohd Salleh Haji Ismail, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan dan Laksamana Madya Datuk Mohd Amdan Kurish Panglima Armada TLDM, Markas Armada, Pengkalan TLDM, Lumut.

Penerima anugerah bagi Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.) iaitu Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Shkori Mohamed.

Diikuti pula Datuk Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.

Tan Sri Dr Zulkurnain Awang Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Datuk Hamidon Ali, Duta Besar Malaysia Ke Pertubuhan Banagsa-Bangsa Bersatu Di New York.

Ahli Yang Kedua (Dato� Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K.), mendahului senarai penerima ialah Datuk Tan Huat @ Tan Liang Chong Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Development Sdn Berhad.

Mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato� Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) ialah Md Tahir Mohammed Pengarah Eksekutif Kanan Perladangan Felda Plantations Sdn. Bhd, Kuala Lumpur diikuti Razali Daud Pengarah Urusan Sentosa Jaya Development Sdn Bhd.

Sementara Ahli Yang Kedua (Dato� Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkara (D.P.K.K.), mendahului senarai penerima anugerah ialah Brigedier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim, Pemangku Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Markas ATM.

Diikuti Brigedier Jeneral Datuk Che Yahaya Idris, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Udara, Brigedier Jeneral Abdul Hadi Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, dan Brigedier Jeneral Khamsan Ngari, Asisten Ketua Staf/Tentera, Markas Tentera Darat.

Penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato� Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) seramai 20 orang dengan didahului Abdul Hadi Awang Kecil, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kuala Lumpur mendahului senarai penerimaan.

Penerima anugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (P.K.K.) seramai enam orang dengan diketuai Kolonel Hasanudin Mustafa, Pengarah Kor Perkhidmatan DiRaja, Markas Angkatan Tentera Darat.

Seramai 38 orang menerima anugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K.) dengan mendahului senarai penerima oleh Prof Madya Dr Ab Aziz Al-Safi Ismail pakar diabetes, USM, Kubang Kerian.

Semalam Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, jumlah penerima anugerah tahun ini lebih ramai berbanding tahun sebelumnya.

�Tahun ini seramai 691, paling ramai berbanding tahun lepas iaitu seramai 604 orang,� katanya.

Penerima anugerah hari ini membabitkan seramai 79 penerima dan pada 14 April depan pula melibatkan 286 penerima serta 17 April seramai 326 penerima lagi.

Penerima anugerah bagi Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K.) seramai 65 orang.

Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K.) 92 orang.

Bintang Seri Mahkota Kelantan (S.M.K.) (41 orang), Bintang Seri Kelantan (S.K.) (63 orang), Ahli Kelantan (A.K.) (89 orang), Pingat Bakti (P.B.) (58 orang).

Pingat Setia Mahkota Kelantan - 79 orang, Pingat Ta�at - 73 orang, Pingat Perangai Baik - 40 orang, Surat Kepujian - 5 orang dan Jaksa Pendamai 7 orang. - mj

No comments

Powered by Blogger.