Derih terkejut dengan respon rakyat Terengganu.


Oleh ning

"assalamualaikum...,

Siang tadi ana ditanya olih seorang kawan sekolah berbangsa cina yang juga orang kuat MCA kemaman apakah ana setuju atau tidak dengan perlantikan mat said sebagai MB.jawapan ana mudah iaitu ana setuju dengan perlantikan ini kerana ia dibuat olih sultan bukan kerana ana setuju dengan peribadi mat said.katanya "bagus" ,orang melayu sepatutnya patuh dengan keputusan sultan.

Satu komen dari orang cina yang faham akan kedudukan sultan dinegara kita.malah atas dasar itu jugalah barangkali MCA kemaman menaikkan kain rentang menyatakan sokongan mereka dengan perlantikan mat said ini.satu gambaran reaksi penduduk terengganu seluruhnya berkaitan isu perlantikan MB ini.begitu juga pada malam mat said memulakan tugasnya sebagai MB,seluruh bandar kuala terengganu dikhabarkan membicarakan isu ini.dan pada keseluruhannya rakyat terengganu menyatakan sokongan tanpa belah bagi terhadap perlantikan mat said kerana ianya dibuat olih sultan.

demikianlah sayangnya rakyat terengganu kepada sultan mereka.hal ini sekali gus memberi tamparan hebat kepada mat derih dan rosol yang sebelumnya bermati matian menderhakai sultan.

bagaikan halir lintar sabung menyabung serangan dihalakan kepada mat derih dan rosol olih rakyat terengganu dari setiap sudut.kain rentang yang mereka pasang dihari penyerahan watikah perlantikan menyebabkan kemarahan rakyat membuak buak.beberapa lapuran polis turut dibuat kerana tindakan mereka dianggap menderhakai sultan yang sangat disayangi olih rakyat terengganu khususnya rakyat yang berada di daerah kuala terengganu.kerakusan kuasa menyebabkan mat derih dan rosol lupa siapa sultan mereka.mereka lupa betapa sultan disayangi rakyat kerana keperibadian mulianya.gemar mengambiltahu hal rakyat serta sultan yang taat kepada agama.semua orang tahu betapa permaisuri terengganu menjaga auratnya serta berbudi bahasa.sayangnya rakyat terengganu kepada sultan mereka meyebabkan mereka menjadi semakin marah bila melihat sultan mereka dipanggil"natang" olih puak juak derih jusoh.

respon besar besaran rakyat akhirnya mengejutkan derih dan rosol malah paklah turut terkejut.kenyataan derih dan paklah pada malam mat said memulakan tugas menyatakan perkara ini.paklah menyatakan kesedianya menemui sultan dan menyatakan ada jalan penyelesaian terhadap isu ini.tidak pula dinyatakan tindakan terhadap mat said seperti sebelumnya sebaliknya paklah cuma menyatakan kemelut ini bolih diselesaikan.satu nada yang berubah dari sebelumnya bilamana paklah tegas dengan amarannya kepada mat said(serta kepada sultan).lebih menarik lagi derih mula berlembut dengan menyatakan kesediaannya meminta maaf dari sultan serta menyatakan apa jua keputusan yang baik untuk rakyat baik juga pada dirinya.seterusnya derih menyatakan dia redha dengan keputusan sultan.

kenyataan yang menunjukan paklah dan derih lidah bercabang dan hilang hala tuju.ternyata apa yang dinyatakan olih mereka berdua bercanggah dari kenyataan awal dan sekaligus meletakan rais yatim "KEMALUAN" sendiri kerana terlajak cakap dengan katanya mat said akan jatuh macam nangka masak.kita lihat siapa yang akan jatuh seperti nangka masak.apapun masih ada waktu untuk derih dan paklah memperlihatkan samada mereka memang jenis lidah bercabang atau tidak.

mesyuarat majlis tertinggi hanya akan diadakan esok.kita tunggu keputusannya.begitu juga pendirian sebenar DUN yang dikatakan menyokong derih hanya akan diketahui bila DUN mula bersidang.
hari ini derih dan rosol tersepit angkara perbuatan mereka yang membangkitkan kemarahan rakyat.sekaligus meletakan pihak yang bersubahat dengan mereka serba salah.polis terutamanya bakal berhadapan situasi sukar dengan rakyat.seperti yang pernah ana sebut dulu,rakyat cuma menunggu signal dari sultan untuk turun habis habisan menentang puak penderhaka ini.jadi bagaimana polis yang nama mereka polis diraja malaysia? malah ketika kain rentang "natang" dinaikan polis juga kelihatan "derhaka" kepada "diraja" mereka kerana membiarkan kain rentang tersebut dikibarkan.malah ketika ada pihak menaikkan kain rentang menyatakan sokongan kepada sultan pihak polis diraja ini juga sudahpun derhaka bila 4 pemuda ditahan kerana dituduh menghasut walhal mereka hanya menyatakan sokongan kepada sultan.wahai polis dimanakah "diraja" anda?

dewan bandaraya kuala terengganu pula bakal berdepan dengan rakyat kerana dikatakan menurunkan gambar sultan disekitar kuala terengganu.tunggulah wahai pegawai bandaraya yang terbabit akan balasan yang bakal mendatangi kamu.

kepada derih poksoh terimalah balasan perbuatan kamu.begitu juga sahabat ana rosol terimalah juga hasil perbuatan kamu itu.begitu juga DUN yang bersubahat dengan derih selama dia menipu rakyat terengganu.sesungguhnya balasan untuk kamu semua semakin hampir."

No comments

Powered by Blogger.