Bila Zahid tangani hal ehwal Islam
Subky Abdul Latif
Tue | Mar 25, 08 | 6:22:26 pm MYT
Untuk pertama kali sejak Tan Sri Yusuf Noor dalam tahun 80-an, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menangani hal ehwal agama Islam diserahkan kepada seorang yang bukan keluaran Universiti Azhar.
Dalam kabinet pertama selepas BN hilang majoriti dua pertiga dan hilang pula lima buah kerajaan negeri, Perdana Menteri Abdullah Badawi menggugurkan Dr. Abdullah Zain sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam.
Ketika menang besar dalam Pilihan Raya Umum 2004, secara mengejut juga Perdana Menteri menggugurkan Brigadier Jeneral (B) Abdul Hamid Zainal Abidin dari jabatan itu dan menggantikannya dengan Dr. Abdullah.
Dr. Abdullah pula digantikan oleh Datuk Zahid Hamidi yang tidak diketahui menuntut di mana-mana institusi pengajian tinggi Islam secara formal.
Tetapi Zahid ialah ahli politik yang pendidikan awalnya adalah sekolah menengah agama di Sekolah Izuddin Shah, Ipoh. Ia adalah sekolah menengah Islam yang pertama didirikan oleh kerajaan Perak selepas merdeka, malah sekolah menengah agama sepertinya di seluruh negara.
Dia tidak melanjutkan pelajaran di unversiti dalam jurusan Islam. Tetapi pengetahuan Islamnya adalah melalui zaman gemilang ABIM.
Ketika dia dijadikan menteri di situ, dia adalah tokoh politik yang berpotensi terdidik di bawah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Najib. Dia dipercayai mewarisi kepimpinan kedua-dua tokoh politik itu.
Lebih Zahid dari menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri dulu ialah dia orang politik yang ada latar belakang pengetahuan agama yang mungkin setanding dengan Perdana Menteri sedang menteri-menteri itu adalah lulusan tinggi yang dicubakan politik ke atas mereka.
Justeru itu mereka menyesuaikan pengetahuan agama mereka dengan kemahuan politik orang politik, tetapi Zahid cuba membangunkan kepimpinan politiknya dengan pengetahuan dan pengalaman Islamnya. Maka lulusan agama yang dicubakan politik ke atas mereka seperti Tan Sri Yusuf Noor dan Tan Sri Abdul Hamid Othman lebih bersifat orang makan gaji dari orang politik.
Tetapi Zahid adalah orang politik yang ada kekuatan. Dia adalah ketua Pemuda Umno yang tidak pernah diturunkan oleh pergerakan itu tetapi digantikan oleh Hishamuddin Hussein atas kemahuan Dr. Mahathir. Tetapi dalam setiap kali pemilihan parti dia sentiasa mendapat undi tertinggi atau kedua tertinggi.
Nasib baiklah Zahid mempunyai pembantu iaitu Dato' Dr. Masitah Ibrahim, tetapi orang pun tidak tahu apa manfaat yang Zahid boleh dapat dari pembantunya, Dr. Masitah yang kosong pengetahuan politiknya dan lembik pendirian Islamnya. Yang ada dia adalah jelita.
Mungkin pada Zahid, dia dapat jambangan bunga yang menghias tamannya. Dalam erti kata lain, Zahid akan membangunkan urusan hal ehwal agama Islam atas pengetahuannya sendiri.
Dalam suasana yang terbaru ini urusan agama di Jabatan Perdana Menteri itu seperti berada pada zaman Anwar Ibrahim mula-mula mnjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Menterinya ialah Perdana Menteri. Urusan jabatan itu ditangani oleh timbalan menteri.
Pada zaman ini menterinya adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan semua urusan terserah kepadanya.
Oleh itu orang memberikan perhatian kepada Zahid bagaimana dia mengendalikan pentadbiran hal ehwal Islam itu. Pengalaman dalam pentadbiran di beberapa ejensi perniagaan dan jabatan kerajaan sebelum ini. Dan bagaimana kedaulatan Islam itu dapat dimartabatkannya melalui kemahiran dan kecekapannya berpolitik?
Di hadapan Zahid bukan sekadar soal kecekapan pentadbiran Urusan Tabung Haji, tetapi kedaulatan majlis fatwa kebangsaan, kewibawaan institusi mufti, mahkamah syariah, pentadbiran jabatan agama negeri-negeri, mentadbir masjid yang menjadi institusi perpaduan umat di peringkat akar umbi, memperkasakan sekolah agama rakyat dan sebagainya.
Semasa jabatan ini di bawah menteri-menteri lulusan pengajian tinggi yang rata-rata makan gaji, ia tidak menjadi jambatan untuk menyatukan perpaduan umat di semua peringkat. Sebaliknya ia menyuburkan amalan pilih kasih, menentukan jawatankuasa masjid terdiri dari penyokong kerajaan saja dan berbagai-bagai perkembangan yang menyebabkan umat Islam renggang sama sendiri.
Anak-anak orang PAS misalnya tidak boleh jadi imam di masjid-majid di Kedah. Ini menyebabkan mereka berhijah ke Kuala Lumpur dan ada yang menjadi imam di Wilayah Persekutuan. Semua ini tidak menyumbang kepada perpaduan ummah.
Zahid sekarang dengan jawatan barunya berada di tengah ulama, pimpinan Islam, orang-orang berpendidikan agama. Semua tahu bahawa umat Islam terhimpit sekarang. Maka sejauh mana kemahiran dan kekuatan politik Zahid yang diketahui lincah dan sememangnya dikenali dari dekat oleh para mufti boleh menangani isu umat Islam.
Bagaimana pula beliau dapat menangani kekeliruan isu Islam Hadhari? Adakah pada Perdana Menteri selepas ini terus bergantung pada nasihat Penasihat Agama Perdana Menteri tentang isu agama atau menunggu saranan politik agama dari Zahid tentang arah baru penyelesaian masalah ummah? - tajdid

No comments
Post a Comment