Idris Jusoh masih ingatkan Allah!


"Alhamdulillah, sekian lama menjadi MB Terengganu, seingat saya inilah kali pertama terpancul perkataan "segalanya saya terpulanglah kepada Allah,".


Bermakna Idris ni masih lagi orang Islam dan tahu mengucap kot? Insyaallah! Apa yang nak dikatakan di sini adalah rupa dan sikap sebenar Pemimpin AMENO yang mengaku Islam. Mereka akan hanya perlukan agama dan berserah kepada Allah ketika 'NAZAK' sahaja.


Sedangkan ketika mereka segar, senang, dikelilingi harta bertimbun, perempuan cantim lagi seksi, berada di majlis maksiat dan konsert dan sebagainya, mereka lupa Agama dan Allah yang mencipta.Betapa buruknya peel mereka ini, dan Allah dan tunjukkan contohnya..."Saya percaya pada qada dan qadar, dan sebagai seorang Islam saya menerima apa jua keputusan yang dibuat."Nampak pun dirinya lemah dan daif di sisi Allah SWT.


Tetapi, ketika berkuasa sebagai MB, beliaulah paling angkuh dan sombong. Menentukan sesuatu tanpa berfikir samada halal atau haram. Membuat pembaziran berleluasa tanpa memikirkan rakyat di kampung seperti ayam belaga mencari sesuap nasi.


Inilah akibat rakyat memilih pemimpin tidak beragama dan tidak mahukan agama sebagai pemangkin kepada pemerintahan. Mereka lupa bahawa Allah lebih berkuasa dan boleh membinasakan dengan sekali seru sahaja.Semua tanda orang tidak beriman ada dikalamkan oleh Allah dalam al-quran, dan Idris lah salah seorangnya.


Manusia sebegini apabila senang mudah lupa Allah SWT, dan apabila tersepit pandai pula berserah kepada Allah sebagai jalan mendapat keredhaan..Inikah pemimpin yang tuan-puan pilih? Masyaallah!

No comments

Powered by Blogger.