Rasuah: Penerbit kecewa Hishammuddin dilantik


Sebuah penerbitan Bumiputera yang semakin berjaya dan popular, PTS, kecewa apabila Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Pelajaran.PTS mendakwa, kes rasuah semakin menjadi-jadi di bawah pentadbiran Hishammuddin.


"Gosip tentang rasuah di Kementerian Pelajaran Malaysia bukan hanya melibatkan projek-projek buku oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), di Bahagian Buku Teks (BBT), dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)," kata penerbit itu dalam laman webnya, www.universitipts.com


Gosip-gosip juga mengatakan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berlaku dengan parah sekali di EPRD (Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Pendidikan) kerana bahagian itu yang menguruskan projek-projek pembinaan sekolah-sekolah baru, kata PTS lagi.
"Dikatakan pegawai-pegawai di bahagian itu dipaksa melantik kontraktor-kontraktor yang ditunjuk oleh orang politik".


Menurut sumber dalaman Umno, Hishammuddin dikekalkan dalam kabinet Perdana Menteri yang dituntut berundur kerana "prestasinya yang cemerlang dalam membela (menantu Perdana Menteri) Khairy (Jamaluddin)".


Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Datuk Mukhriz Mahathir pula memuji Ketua Pemuda Umno itu berikutan keputusannya yang tidak mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Jerlun itu.


Mewakili ahli-ahli Umno, anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu menerajui tuntutan supaya Abdullah berundur.


Perdana Menteri yang dituntut berundur menyifatkan tindakan Mukhriz itu sebagai tidak bertanggungjawab dan mahu Pemuda Umno mengambil tindakan.

No comments

Powered by Blogger.