ALLAH makbulkan DOA TUAN GURU:Ulamak:Org Teraniaya




KRISIS & KONFLIK BeEnd / Umno sekarang ini adalah berkat doa yang tidak putus-putus dari golongan Ulamak, Tuan GURU, Pimpinan Tinggi PAS & PKR, serta rakyat dan keluarga orang2 yang teraniaya.

Memang benar, Allah utuskan manusia ke dunia sebagai Khalifah adalah untuk meneruskan kehidupan sementara dan sujud kepadaNya.

Namun Syaitan yang turut diutuskan sekali ke dunia amat berjaya dalam sumpahnya untuk terus menyesatkan anak cucu Adam a.s sehingga ke hari Kiamat. Namun, manusia lupa!

Sekumpulan manusia di negara kita yang begitu berbangga dengan status elit di kalangan pemimpin BeEnd terutama Ameno yang diberi setitik kuasa oleh Allah SWT mudah lupa hanya disebabkan tidak dapat mengawal nafsu dan nipis iman.

Bagi mereka, manusia yang bersekang mata bermunajat, memohon keampunan daripada Allah sepanjang masa, minta diberikan jalan petunjuk untuk mengurus tadbir umat di jalan kebaikan , kini hanya dipandang serong oleh puak-puak Ameno.

Bagi mereka, doa dan tawakkal kepada Allah selepas berusaha hanyalah perkara konvensional bagi mereka. Anggapan mereka pada Tuan Guru dgn berpakaian semutal adalah kuno, tidak boleh memerintah dan sebagainya.

Inilah tahap pemikiran Melayu Ameno yang memang tidak mahukan Islam. Diresapi fahaman Sekular yang terang anti Islam, kononnya akan menjadikan mereka kumpulan manusia yang lebih 'advance' drp orang lain.

Akhirnya, inilah balasan dari Maha Pencipta, yang hanya menurunkan sekelumit BALA sahaja sehinggakan mereka merasakan terlalu panas dan menderita.

Tunggulah nanti apa pula balasan yang akan diterima oleh kita di atas segala perlakuan dosa dan noda yang telah dilakukan. Ingat! Kerosakan golongan munafik ini akan turut akan dirasai oleh golongan mukminin.

Kebejatan dan kehitaman hati puak-puak Melayu Ameno sukar dikikis, dalam keadaan balasan Allah yang sedang ditanggung, mereka masih lagi lupa dan gagal untuk melakukan TAUBAT Nasuha.

Kejahatan Melayu Ameno sebenarnya melebihi kejahatan puak Yahudi Israel dan amerika yang dianggap sebagai Setan Dunia.

Masyaallah!
"

No comments

Powered by Blogger.