Surat Mukhriz kepada Abdullah



Surat yang dihantar oleh anak kepada Dr. Mahathir, Mukhriz Mahathir kepada Abdullah Ahmad Badawi. Didalam surat ini dengan jelas Ahli Parlimen Jerlun itu meminta Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional untuk meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab keatas kegagalan BN untuk mempertahankan majoriti 2/3 di parlimen dan hilang penguasaan keatas beberapa buah negeri. Sila klik
disini untuk membaca surat Mukhriz dengan lebih jelas.
Di Pulau Pinang, Umno telah mengadakan “perhimpunan haram” untuk memberi amaran kepada Ketua Menteri yang baru agar jangan mencabar mereka dalam isu DEB.
Sila klik disini.
Apa kata Musa Hassan? Ternyata Umno Pulau Pinang telah melanggar arahan ketua polis negara agar parti-parti politik agar tidak mengadakan perhimpunan yang boleh membakar sentimen perkauman selepas keputusan pilihanraya umum ke 12 diumumkan.

Sementara itu semenjak malam semalam, beberapa “banner” untuk mendesak Abdullah Badawi supaya meletakkan jawatan dilihat dibeberapa tempat seperti Pandan Indah, Ampang, Kampung Baru, Jalan Jelatek, Cheras dan Taman Melawati.
Difahamkan bahawa banner-banner ini berada di 15 kawasan yang akhirnya diturunkan. Sila klik
disini untuk melihat gambar-gambar yang sempat dirakam.

Jelas pertembungan di dalam Umno telah bermula. Orang-orang Pak Lah telah keluar berdemonstrasi kononnya hendak menjuarai isu Melayu. Ini bertujuan agar Pak Lah dilihat masih relevan.Sementara dipihak yang satu lagi, gerakan untuk menjatuhkan Pak Lah telah bermula. Alasan Pak Lah gagal untuk mempertahankan mandat BN digunakan. Sebentar tadi jika anda membuka TV, siaran secara langsung bersama Pak Lah. Apakah ini menunjukkan beliau sudah benar-benar terdesak?

Najib Tun Razak yang dihantui dengan kes Altantuya pula masih belum kedengaran sebarang kenyataan daripadanya. Apakah beliau sedang tunggu dan lihat?
Sejarah telah membuktikan bahawa jika Umno dilanda krisis, pihak lain yang akan menjadi mangsa.

Lihatlah apa yang berlaku pada tahun 1987. Umno dilanda krisis, sentimen perkauman diapi-apikan dan “operasi lalang” pun berlaku. Beratus-ratus aktivis yang tidak ada kena mengena dengan krisis ditahan ISA.

Situasi semasa menyaksikan ada sesuatu yang “besar” sedang dirancang. Pertembungan hebat diantara dua kem di dalam Umno. Siapakah yang akan menang?

No comments

Powered by Blogger.