Post Mortem BA – PRU-12, Struktur tulang belakang UMNO/BN dipatahkan


POST MORTEM BA – PRU-12 , STRUKTUR TULANG BELAKANG UMNO/BN DIPATAHKAN , LUMPUHKAN CNS – CENTRE NERVE SYSTEM , SISTEM SARAF PUSAT UMNO/BN DALAM PRU-13


Oleh Ulitmayang
ulitmayang@yahoo.com


Bermula tengah malam 08 mac 2008 , sabtu lalu sehingga kini , bermacam – macam ulasan , pendapat , komen dan cadangan telah diketengahkan melalui saluran alternative laman – laman web reformasi.

Oleh kerana , saluran internet adalah bebas , maka semua pendapat yang ddiberikan itu , dikirakan semua nya betul dan boleh diterimapakai.

Cuma , dalam kita merayakan kemenangan ini , disamping musuh berseih dan berduka serta bertelagah, maka jangan dilupakan iaitu perjuangan kita hanya baru bermula , harapan kita sebahgaiannya telah tertunai , seperti manifesto PKR , harapan baru untuk Malaysia.

Saf pimpinan , pendokong dan penyokong haruslah terus menyusun strategi – strategi yang lebih ampuh , berbanding yang telah digunakan dalam PRU-12 lalu. Pertajamkan serangan , asah senjata peperangan di alam siber ini , kekalkan semangat , padukan gerakan dan tambahkan lagi perencah dan ramuannya.

Apa yang hendak saya cadangkan ialah , sementara kita sudah dapat PATAHKAN TULANG BELAKANG UMNO/BN , seharusnya kita kena pastikan CNS – CENTRE NERVE SYSTEM , iaitu SISTEM SARAF PUSAT dan TUNJANG UMNO/BN dapat dilumpuhkan dalam PRU-13 2012 atau 2013 nanti.

Hanya dengan cara ini kita dapat mematikan terus UMNO/BN , seterusnya menjadikannya tidak releven lagi untuk rakyat Malaysia dulu , kini dan selamanya.

Seperti mana yang diperkatakan , kekuatan UMNO/BN banyak bergantung kepada 3M , iaitu MONEY , MEDIA dan MACHINERY. Bagi factor pertama iaitu MONEY dan ketiga iaitu MACHINERY , memang diakui kita dari BA tidak dapat menandingi UMNO/BN , bila mana seluruh jentera kerajaan digerakkan sepenuhnya. Tetapi , factor MEDIA , kita dari BA telah mempunyai saluran yang amat berkesan , iaitu INTERNET . Sehubung dengan itu , saya inign mencadangkan supaya kekuatan yang kita ada iaitu saluran media maya – INTERNET ini diperkasakan lagi. Rupa2nya keberkesanannya di dalam PRU-12 ini telah diperakui oleh musuh2 kita sepertimana kenyataan Menteri Penerangan dan juga Menteri Belia dan Sukan serta juga sekalian pemkir – pemikir dan pembesar – pembesar UMNO/BN. Antara tindakan perlu yang mesti diambil bermula dari sekarang sekiranya dirasakan perlu dan bermanfaat serta masih boleh diperbaiki lagi , iaitu ;-

Institusikan dan penubuhan sekretariat rasmi website : di peringkat Pusat dan setiap negeri , kelantan ,kedah , pulau pinang , perak dan selangor serta wilayah persekutuan dan seluruh Negara. Pimpinan tertinggi BA – PAS , PKR dan DAP boleh mengambil inisiatif mengadakan perjumpaan dan mesyuarat rasmi dengan pengendali laman web dengan kadar yang segera.

Perbelanjaan : kelima – lima kerajaan negeri yang dikuasai oleh Barisan Alternatif , seharusnya menyediakan peruntukan dan dana bagi membiayai perbelanjaan tahunan pengendali – pengendali website ini. Mungkin boleh difikirkan satu sistem skim gaji dan elaun yang sesuai. Adalah juga dicadangkan punggutan derma dan jihad dilancarkan dengan mewujudkan TABUNG WEBSITE , menerusi ceramah – ceramah di seluruh Negara.

Naik taraf sistem website : Adalah sangat mendukacitakan iaitu pengendali – pengendali website terpaksa bekerja dalam sistem yang tidak berapa canggih dan dengan serba kekurangan dari segi kemudahan seperti server , peralatan dan juga peralatan pejabat.

NAIKTARAF PERKAKASAN DAN KEMUDAHAN : Ini termasuklah , penyediaan kelengkapan , LCD, PAPAN LAYAR , LAPTOP , WIFI , INTERNET di semua lokasi terpilih , markas , MTD , DUN dan PARLIMEN di setiap negeri, khusunya kelima – lima negeri KEAH , PERAK , PULAU PINANG , KELANTAN DAN SELANGOR.

Walaubagaimana pun , kita sebenarnya boleh juga menumpang kemudahan yang nanti akan disediakan oleh pihak kerajaan sendiri menerusi Kementerian Penerangan dan juga Kementerian Belia dan Sukan. Apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah, menyediakan pasukan pakar dari BA untuk menyelinap masuk ke semua pusat – pusat ‘cyber café’ dan internet yang akan disediakan nanti , samada di balai raya , pusat komuniti , dewan orang ramai dan sebagainya.

Pentadbiran dan Pengurusan : Adalah dicadangkan supaya satu kumpulan pengurusan tetap diwujudkan dalam semua laman maya ini . cadangkan satu struktur pengurusan yang sistematik yang terdiri dari pengurus , eksekutif , wartawan dan pemberita. Walaubagaimanapun , hak - hak ekseklusif pengendali laman web perlulah dihormati.

Road Show : Mempromosi laman – laman web Barisan Alternatif , www.tranungkite.net , www.harakahdaily.net , www.marhaen.org , www.malaysiakini.com , www.klpost.com , www.detikdaily.net dan lain – lain menerusi siri – siri ceramah di seluruh negara. Pelekat – pelekat ‘STICKER’ laman – laman web reformasi di atas perlu disedia dan diedarkan.

Bengkel dan seminar : Perlu juga difikirkan , kelima – lima negeri ini mengadakan seminar , bengkel dan kolikium secara berkala , mulai sekarang sehingga PRU – 13 , 2102/2013 nanti. Tujuannya bagi menyedia dan melatih wartawan dan pemberita sepenuh masa dan juga sukarela yang lebih berwibawa , penulis – penulis artikel yang lebih hebat , juga bagi menyediakan pengunjung – pengunjung yang lebih beretika serta pemberi – pemberi maklumat yang lebih ramai dan menyeluruh lagi.

‘ONLINE , REAL TIME’ LAPORAN : Pengenalan kaedah menyampai berita secara online , secara berjadual , sepeti pemberitaan , BERITA UTAMA JAM 8.00PM, 11.00PM , 12.00PM, BERITA WILAYAH , BERITA NEGERI, BERITA PERDANA

No comments

Powered by Blogger.