Empat UMNO negeri dinasihat pulihkan sokongan rakyat
PUTRAJAYA 22 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan Badan Perhubungan UMNO di empat negeri yang ditawan pembangkang agar bangkit dan memulihkan semula sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).
Empat negeri itu ialah Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata, Perdana Menteri telah memberi kata-kata semangat kepada semua pemimpin UMNO dari empat negeri tersebut.
''Pak Lah minta semua bersemangat, bangkit dan dapat balik sokongan semua rakyat terutamanya orang Melayu.
''Perdana Menteri juga meminta kita pulang (ke negeri masing-masing) untuk bekerja dengan lebih keras," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan Abdullah di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini hari ini.
Perjumpaan tertutup tersebut diadakan dari pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang.
Sebelum itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada sidang akhbar di Presint 11 di sini, memberitahu, perjumpaan antara Perdana Menteri dengan Badan-Badan Perhubungan UMNO negeri seluruh negara telah dimulakan sejak semalam dan akan diadakan sehingga esok.
Menurutnya, perjumpaan tersebut bertujuan mendapatkan maklum balas daripada Badan-Badan Perhubungan UMNO negeri dan memantapkan parti itu pada masa depan.
Tambah beliau, satu laporan akan diperoleh daripada badan perhubungan setiap negeri selepas perjumpaan tersebut.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, setiap pemimpin yang menghadiri perjumpaan dengan Perdana Menteri hari ini diberi peluang untuk meluahkan pendapat masing-masing.
''Banyak perkara telah ditimbulkan dan sesi soal jawab telah diadakan, semua diberi peluang untuk bercakap," katanya.
ADUN Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar pula berkata, Perdana Menteri telah memberi nasihat kepada pemimpin UMNO negeri untuk memantapkan semula parti.

No comments
Post a Comment