Isu-isu guru: Menteri Pelajaran wajar tangani segera
Malam tadi disiarkan kenyataan media NUTP berkaitan isu permasalahan guru dan hari ini akhbar-akhbar arus perdana sekali lagi mengetengahkannya. Tuntutan NUTP merangkumi lima isu yang perlu diselesaikan segera bagi mengembalikan keyakinan warga pendidik dan berasa dihargai adalah seperti berikut:
i.Potongan cukai pendapatan warga pendidik yang terlalu tinggi.
ii.Elaun kritikal untuk subjek Ketukangan didakwa ditarik balik JPA.
iii. Pensyarah di Institut Perguruan Guru (IPG) diminta bertugas sembilan jam sehari tanpa mendapat kelulusan JPA dan setakat ini didakwa tiada surat rasmi daripada kerajaan.
iii. Taraf Penolong Kanan dengan gred DG41 di sekolah menengah lebih rendah berbanding guru biasa yang mengajar tingkatan enam yang diberi kenaikan pangkat dengan gred bermula DG44 seterusnya DG48 dan DG52.
iv. Masalah guru bukan siswazah yang mendapat gaji rendah walaupun dinaikkan gred DG41 selepas menamatkan pengajian peringkat ijazah.Semua warga pendidikan mengetahui isu-isu yang dibangkitkan terutama nasib malang yang menimpa guru-guru yang sambung belajar baik peringkat ijazah pertama, sarjana mahupun Phd tiada pembelaan sejak sekian lama. Kumpulan ini mengalami kerugian bukan sahaja gaji yang rendah berbanding dengan rakan yang sama tidak sambung belajar malahan mereka juga hilan kekananan dalam perjawatan dalam skim siswazah Ramai antara mereka yang kecewa dengan masalah yang berlarutan sejak sekian lama.
Mudah-mudahan penggal ini Menteri Pelajaran mampu membuktikan pembelaannya terhadap warga guru KPM selaras dengan berlalunya fasa kedua PIPP dan ke arah menjana modal insan kelas dunia! Gurulah penjana modal insan…bagaimana nasib dan kebajikan mereka tidak terbela…?
Berikut dipaparkan berita berkenaan yang disiarkan dalam Berita Harian:----NUTP gesa segera selesai empat masalah guru(Berita Harian)
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) segera menyelesaikan beberapa isu warga pendidik yang belum ada kesudahan. NUTP mengemukakan empat isu baru yang perlu ditangani segera kementerian membabitkan JPA bagi menyelesaikan masalah tidak puas hati pendidik sehingga memberi kesan terhadap pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu. Empat isu yang perlu diselesaikan segera bagi mengembalikan keyakinan warga pendidik dan berasa dihargai adalah:
l Potongan cukai pendapatan warga pendidik yang terlalu tinggi.
l Elaun kritikal untuk subjek Ketukangan didakwa ditarik balik JPA.
l Pensyarah di Institut Perguruan Guru (IPG) diminta bertugas sembilan jam sehari tanpa mendapat kelulusan JPA dan setakat ini didakwa tiada surat rasmi daripada kerajaan.
l Taraf Penolong Kanan dengan gred DG41 di sekolah menengah lebih rendah berbanding guru biasa yang mengajar tingkatan enam yang diberi kenaikan pangkat dengan gred bermula DG44 seterusnya DG48 dan DG52. Presiden NUTP, Anuar Ibrahim berkata empat isu itu perlu diberi perhatian serius Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran dan JPA yang menarik balik elaun kritikal untuk subjek Ketukangan yang dihentikan mulai Januari lalu. “Bukan kita tidak puas hati dengan apa yang diberikan kementerian (kepada warga pendidik)... terlalu banyak yang sudah dinikmati. “Tetapi, apa yang kita nyatakan ini adalah suara guru pada peringkat akar umbi dan kita dapati masih ada perkara perlu diberi perhatian,” katanya pada sidang media di Pejabat NUTP, di sini, semalam.
Anuar berkata, antara isu lama belum diselesaikan kementerian seperti masalah guru bukan siswazah yang mendapat gaji rendah walaupun dinaikkan gred DG41 selepas menamatkan pengajian peringkat ijazah. Katanya, isu itu berlaku sejak lebih lima tahun lalu dan dianggarkan 70,000 guru bukan siswazah yang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah tidak diiktiraf pengalaman puluhan tahun mereka sebagai guru sebelum ini, berbanding guru siswazah baru. “Kumpulan ini adalah antara tenaga pendidik yang sehingga kini berasa kecewa. NUTP berharap kementerian dan JPA memberi perhatian dan membuat kajian semula dengan mengambil kira pengalaman bagi membolehkan mereka menikmati gaji setaraf guru skim siswazah,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng, berkata antara perkara perlu diberi perhatian serius oleh kementerian adalah potongan cukai pendapatan guru yang terlalu tinggi antara RM200 hingga RM1,000 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang didakwa mula dilaksanakan Februari lalu. Katanya, potongan ini dibuat tanpa perbincangan dengan NUTP dan tidak mendapat kebenaran guru.
1 comment
kenapalah hisamudin terlalu berat hati utk menyelesaikan isu ini. Macam ada sesuatu yg tak kena yg nak disembunyi. Apapun isu ini jelas menonjolkan ketidakcekapan kementrian pelajaran dan jpa. nak tunggu pak lah brg kali. kesian pak lah. akhirnya dia jg yg kena tempias.
Post a Comment