SAJAK BUAT PERDANA MENTERI


Oleh kiki

"

sambungan sajak ANDAINYA ABDULLAH BADAWI HANYA....

realitinya Abdullah perdana menteri
anaknya nori
menantunya khary
Pergi ENdon, Jane diganti

realitinya Abdullah membilang hari
entah apa yang akan terjadi
Dulu tidor sekarang berjaga mlm hari
Takut takut apakah esok masih menanti
tak de lagi mimpi disiang hari
buat masa ini hanya berharap pada kroni dan proksi


realitinya Abdullah senak kini
walaupun dulu Yakin boleh menang 2/3 majoriti
Akhirnya hilang 5 negeri
Fitnah di jaja dimedia milik peribadi
Artis di heret kesana sini
Termasuklah datuk Siti
dgn dibantu menantu kesayangan khairy

realitinya UMNO kini bergolak sana sini
Menuntut Abdullah mengundur diri
Bukan sahaja dari rakyat 5 negeri
Yang telah menghantar mesej tapi Abdullah buat buat tak reti
Kononnya rakyat dan UMNO berdiri teguh dibelakang Perdana Menteri

Realitinya Abdullah ada rahsia yang ingin ditutupi
Terlalu perit kiranya dibongkari

Realitinya Abdullah menentang Ilahi
Menegakkan Islam, Islam Hadhari
Apa yang dapat diperkatakan lagi
Islam Hadhari memakan diri

Realitinya Abdullah semakin dikeji
Kerana pembohongan tak henti henti
Hanya kerana nak selamatkan Kroni
Sultan di junjung kini di ketepi

No comments

Powered by Blogger.