UMNO Jilat Ludah Sendiri, Rakyat Terengganu Dicabar
Oleh pendeta_melayu
"
Fenomena yang sedang berlaku di Negeri Terengganu menunjukkan UMNO ibarat menjilat ludahnya sendiri... UMNO baru sahaja melabel DAP sebagai biadap dan derhaka apabila ingin memboikot Majlis Angkat Sumpah Perak, sekarang UMNO sendiri melakukan perkara yang sama.
Penderhaka kepada Sultan wajar dibuang negeri dan dikenakan hukuman yang berat. Sikap biadap seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana ianya mencemar kedaulatan Sultan. Ia juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat Negeri Terengganu yang bernaung di bawah panji Kesultanan Melayu. Maruah rakyat Terengganu sedang dicabar. Jika ia dibiarkan berterusan maka maruah Kesultanan Melayu juga akan dipandang rendah oleh lapisan masyarakat dan bangsa lain samada di dalam maupun di luar negara.
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
memelihara satu cara hidup demokratik ;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
"DAULAT TUANKU"
No comments
Post a Comment