Terengganu menang besar tapi masih tidak mampu bentuk kerajaan
KETIKA Kelantan telah pun melengkapkan Exco negeri dan portfolio masing-masing tanpa sebarang masalah jirannya, Terengganu masih lagi teraba-raba mencari calon sesuai untuk dilantik menerajui kerajaan negeri.Sehingga kini Barisan Nasional Terengganu masih buntu menyelesaikan kemelut pembentukan kerajaan dan pelantikan jawatan nombor satu negeri itu, walau pun parti itu memperoleh kemenangan besar (yang dipertikaikan) pada pilihan raya umum dua minggu lalu.
Kedudukan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh sama ada akan diterima semula memegang jawatan itu atau pun tidak masih menjadi teka teki. Walau pun media sebelum ini melaporkan Idris mungkin akan sekali lagi dilantik menduduki kerusi nombor satu itu.
Ternyata laporan media utama hanya bersifat spekulasi semata-mata. Berita yang dilaporkan itu semacam sengaja mahu meraih simpati umum supaya menerima Idris sebagai Menteri Besar Terengganu.
Sementara beberapa penganalisis politik memetik sumber Umno Terengganu menyatakan bahawa Idris sudah pasti tidak akan dilantik semula menjadi Menteri Besar. Nama Adun Telok Pasu, Abdul Rahin Mohd Said dikatakan sudah diperkenan oleh Sultan Terengganu untuk mengganti Idris.
Sebelum ini tiga nama disebut-sebut akan dilantik sebagai Menteri Besar baru. Mohammad Said (Adun Kijai), Wahid Rosol Wahid (Adun Ajil) dan Mohammad Awang Tera (Adun Chukai). Nama Abdul Rahin tidak begitu popular bagaimana pun pada awal namanya juga turut disenaraikan.
Bagaimanapun hakikat yang pasti ialah hanya Terengganu sahaja satu-satunya negeri yang masih belum dapat membentuk kerajaan negeri walaupun hakikatnya BN diberi mandat sekali lagi untuk memimpin negeri ‘penyu’ itu.
kelantankini.com

No comments
Post a Comment