Kabinet Baru Abdullah Ahmad Badawi


Terlalu ramai menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan lain-lain lagi yang kalah dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) kali ini. Apa yang pasti, mereka-mereka ini telah ditolak oleh para pengundi atas beberapa sebab. Malah boleh dikatakan kebanyakan mereka-mereka ini sepatutnya telah tersungkur pada PRU11 dahulu namun oleh kerana imej Abdullah Ahmad Badawi yang kononnya bersih, maka mereka terselamat pada PRU11.


Kini dengan ketiadaan mereka-mereka ini, siapakah pula yang akan dilantik menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dalam kabinet baru Abdullah Ahmad Badawi. Yang tinggal kini dalam senarai adalah mereka-mereka yang tidak mempunyai bakat kepimpinan yang jelas. Cuma nasib sahaja menyebelahi mereka kerana masih menang dalam PRU12.
Oleh yang demikian, siapakah yang layak untuk menyandang jawatan ini dalam Kabinet Baru Malaysia;


1. Menteri Kesihatan

2. Menteri Pengangkutan

3. Menteri Kerjaraya

4. Menteri Penerangan

5. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

6. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

7. Timbalam Menteri Dalam Neger

i8. Timbalan Menteri Penerangan

9. Timbalan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna

10. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Persekitaran

11. Timbalan Menteri Pelancongan

12. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


dan banyak lagi jawatan-jawatan yang perlu diisi. Abdullah Ahmad Badawi nampaknya setakat ini masih lagi terkejut dengan kekalahan mendadak Barisan Nasional dalam PRU12 dan belum bersedia untuk memuktamadkan senarai calon yang sesuai untuk jawatan-jawatan ini.
Seperti dijangka, Khairy Jamaluddin berkemungkinan besar akan menjawat salah satu daripada jawatan ini (Menteri Belia dan Sukan atau Menteri Pelajaran). Disini saya jangkakan bahawa Azalina Othman akan menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Hishamuddin Tun Hussien pula akan menjadi Menteri Penerangan, Muhyiddin Yassin pula akan terus dijawatan yang sama manakala buat Noraini Ahmad pula menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Bagi jawatan Menteri Pengangkutan pula, ianya akan diserahkan kepada Ong Ka Ting dan Menteri Kerjaraya pula akan diserahkan kepada S. Subramaniam. Semua ini adalah jangkaan semata-mata namun tidak mustahil ianya akan digunapakai oleh Abdullah Ahmad Badawi dalam perancangannya.


Walau apa pun senarai kabinet yang akan dikemukakan oleh Abdullah Ahmad Badawi, nyata ianya tertolak oleh majoriti masyarakat. Malah jika Abdullah Ahmad Badawi melantik Khairy kejawatan Menteri atau Timbalan Menteri, ianya akan menambahkan kekeruhan dalam iklim politik Barisan Nasional.


Apa yang pasti akan ujud cakap-cakap belakang mengenai perlantikan tersebut dan akhirnya ianya seumpama barah dalam Barisan Nasional. Namun Khairy Jamaluddin memang memerlukan ruang untuk melangkah jauh dalam politik Malaysia. Hanya Abdullah Ahmad Badawi sahaja yang boleh memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.
Dari senario yang berlaku sekarang ini, adalah dijangkakan bahawa Mukriz Mahathir tidak akan dilantik apa-apa jawatan dalam Kabinet malah mungkin akan dipecat kerana menyanggah tindakan Abdullah Ahmad Badawi (sehingga mengunjurkan perletakan jawatan Perdana Menteri).


Apa yang pasti kini, Abdullah Ahmad Badawi agak tertekan untuk mendapatkan bajet mentadbir Malaysia setelah jatuhnya beberapa negeri yang memberi pulangan yang besar kepada Malaysia. Cuma Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak sahaja yang kini dapat disedut hasil masyhulnya dengan mudah. Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang kini tidak terjangkau dengan mudah kepada pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.


Abdullah Ahmad Badawi kini perlu mengemukakan setiap cadangannya dengan alasan yang konkrit jika ianya dibawa kedalam perbahasan di Parlimen. Kalau dahulu semuanya mudah untuk diluluskan, kini nampaknya terlalu sukar jalan yang perlu ditempuh.

No comments

Powered by Blogger.