Kit Siang Gagalkan Angkat Sumpah MB Perak


KERANA pulut santan binasa kerana mulut badan binasa! Itulah perumpamaan tepat boleh digunakan atas apa yang berlaku kepada pakatan pembangkang PAS, PKR dan DAP di negeri Perak.Majlis angkat sumpah MB yang dijadualkan berlangsung petang ini sekaligus menamatkan keributan pembentukan Kerajaan baru Perak ditangguhkan saat-saat akhir.Panangguhan itu menurut Raja Dr Nazrin disebabkan pembangkang tidak sekat.Jelas ianya ianya ada kena mengena dengan kenyataan Lim Kit Siang semalam yang mengatakan kesemua 18 Adun DAP tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah berkenaan.


Inilah angkara kalau celupar dan terlalu syok dengan kemenangan menjadikan manusia lupa daratan yang akhirnya merugikan diri sendiri.Mungkin kalau Kit Siang tidak gatal mulut majlis angkat sumpah sudah pun selesai dan kini Ir Mohammad Nizal sudah pun dinobatkan sebagai MB Perak.Tidak mustahil ekoran kemelut ini menyebabkan pihak istana akan perkenankan mana-mana Adun dari BN untuk mengangkat sumpah menjadi MB Perak!

No comments

Powered by Blogger.