PAS Kelantan adakan solat sunat dan sujud syukur atas kemenangan


Satu Majlis Solat sunat dan Sujud Syukur Perdana akan diadakan esok, (Jumaat 14 Mac) di Medan Ilmu berhadapan Pejabat Badan Perhubungan PAS Kelantan, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu pada jam 9.15 pagi. Ia akan diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan menyampaikan Kuliah ilmu mingguan seperti biasa sebelum majlis solat jamaah tersebut dijalankan.


Menurut sumber, majlis tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran atas kemenangan PAS Kelantan mempertahankan kerajaan negeri serambi Mekah itu sejak 18 tahun menerajuinya.
PAS sekali lagi berjaya menghalang kempen Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu dengan memperolehi 39 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri serta 12 daripada 14 kerusi parlimen yang dipertandingkan.


Petugas, penyokong parti serta orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi menyemarakkan rasa kesyukuran kepada Allah atas kejayaan tersebut.
Sebelum ini, PAS pernah mengadakan majlis Munajat Perdana Rakyat Kelantan beberapa kali bagi menghadapi pilihan raya umum dalam usaha mempertahankan kerajaan Islam Kelantan daripada dirampas oleh Umno-BN./wann

No comments

Powered by Blogger.