Mat Taib tegur Ir Nizar, lupa insiden beliau dengan Istana Selangor


Banyak komen terdapat di akhbar-akhbar tempatan khasnya, dan di alam siber berhubung isu antara Istana dan MB Perak. Isu yang melibatkan pertukaran serta-merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) kini menjadi bahan polemik yang popular terutama dikalangan pimpinan Umno. Jangan ada silap sikit, terselak sahaja, maka berduyun-duyunlah soldadu Umno akan terjun dan mengambil kesempatan.

Bagi saya MB pun telah keluar kenyataan akan mengadap Tuanku dan memohon maaf. Saya yakin Tuanku nanti akan akur dengan penerangan MB itu nanti dan Pengarah berkenaan akhirnya akan ditukarkan juga.

Cuma yang saya agak terpanggil untuk mengulas dalam isu ini adalah reaksi yang diberikan oleh Ketua Penerangan Umno yang juga bekas MB Selangor, Senator Mat Taib terhadap isu ini. Beliau dilaporkan berkata dalam rancangan "Nasi lemak Kopi O" NTV7 yang dipetik oleh akhbar THE STAR agar pimpinan ke lima-lima kerajaan Pakatan Rakyat jangan terlalu ghairah ketika memerintah negeri masing-masing.

Kata Mat Taib lagi, mereka (kerajaan PR) tidak boleh berbuat sesuka hati mereka ketika memerintah, bukannya senang memerintah dan Umno serta BN memiliki 50 tahun pengalaman dan berjaya memerintah dengan aman! Saya tergelak ketika Mat Taib berkata:

Ketika saya MB selama 11 tahun, saya tidak pula menghalau stesyen radio dari pejabat kerajaan atau menukarkan mana-mana pegawai dalam tempoh 24 jam!

Memang Mat Taib tidak pernah melakukan perkara-perkara itu selama beliau menjadi MB lebih satu dekad di Selangor, kerana stesyen radio semuanya memuji dan menjulangnya manakala tidak ada mana-mana pegawai kerajaan pun ketika itu yang berani berkata sesuatu melainkan seiringan dengan agenda dan kemahuan Umno. Tapi Mat Taib tidak jujur dan malah saya kira berbohong, kerana beliau tidak pula kisahkan berkenaan apa yang berlaku sehingga beliau terpaksa berhenti selepas 11 tahun menjadi MB!

Apakah beliau berhneti dan meninggalkan kerusi MB Selangor dalam keadaan aman?
Kalau Ir Nizar dikatakan membelakangkan istana ketika mengarahkan Pengarah JAIP ditukar, itu cuma "procedural" tetapi Mat Taib tidak pula menceritkan betapa sebagai MB beliau telah bertindak mengundang murka Tuanku Sultan sehingga mengguris perasaan Tuanku. Ada yang mengatakan Almarhum Tuanku Sultan tidak pernah memaafkan Mat Taib selama hidup Baginda!

Mat Taib tidak pula cerita di NTV7 bahawa beliau telah menikahi Puteri Tuanku tanpa pengetahuan Tuanku ketika beliau MB, sesuatu yang mengaibkan Istana sehingga mencetuskan krisis besar antara beliau dengan istana. Akibat tindakan biadap Mat Taib itu, kerajaan Selangor terpkasa mewujudkan jawatan Timbalan MB (sesuatu yang tiada dalam Perlembagaan Negeri ketika itu) kerana Tuanku tidak mahu menerima Mat Taib mengadap melainkan melalui Timbalannya.

Rasanya kalau nak bandingkan dengan kesilapan Ir Nizar, Mat Taib jauh lebih serius sehingga dipulaukan istana.

Barangkali Mat Taib menyangkakan orang semua sudah lupa insiden ini. Yang penting Ir Nizar perlu diserang dan dikritik atas kelemahannya yang kecil itu. Rupanya beliau meludah ke langit, tak sedar, ludahnya yang jijik dan hanyir itu bertepek jatuh ke mukanya sendiri! Inilah pemimpin harapan Dollah untuk memulihkan Umno, kasihan Dollah, kasihan Umno.

1 comment

Generasi Pejuang Bangsa said...

aku hairan melihat kekalutan seorang yang bergelar Ir Nizar ,kini sudah Datuk . sebagai orang engineering ,hang sepatutnya study dulu , check ni apa ntah keputusan p tukar terus Pengarah dalam tempoh 24 jam tanpa alasan yang kukuh . Negeri Perak masih ada Raja yang ketua agama negeri ,budak sekolah menengah pun tahu tapi dia cuba bertindak sendiri spt aku dah berkuasa .. tapi kalau kita ingat balik sejarah negeri perak ,JWW Birch dibunuh kerana cuba ganggu adat2 melatu dan agama islam . Maybe Nizar lupa sejarah .. so fikir2 kan lah .. jangan bagi orang melayu marah kerana hang jd MB pun atas Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Perak ..Pas menang berapa kerusi sahaja .

Powered by Blogger.