Arif Shah dipaksa lawan Anwar?
PERMATANG PAUH, 17 Ogos (Hrkh) - Belumpun sempat 24 jam menyerah kertas pencalonan sebagai calon Barisan Nasional (BN), Dato' Arif Shah Omar Shah menentang calon Parti Keadilan Rarkyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Dewan Maktab Perguruan Tunku Bainun, terbongkar satu lagi cerita di sebalik tabir krisis dalaman BN.
Iklan | |
Sebenarnya, Dato' Arif Shah dipaksa bertanding oleh Umno Permatang Pauh untuk menjatuhkan imejnya yang tidak pernah kalah sejak diangkat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dua penggal berturut-turut.
Penggal pertama pada tahun 2004 beliau berjaya menewaskan Pengerusi KeADILan Negeri ketika itu, Dr Mansor Othman manakala pada tahun 2008 sekali lagi mengekalkan kerusi apabila berjaya menundukan pencabarnya, Ramli Bulat dengan majoriti hanya 500 lebih.
Beliau dipaksa setelah melihat pengaruh Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Dato' Jalil Abdul Majid tidak boleh diterima baik oleh rakyat serta kalangan Umno diperingakat cawangan.
Harakahdaily dimaklumkan, pada hakikatnya Dato' Arif Shah tidak berniat melawan Dato' Seri Anwar kerana kewibawaan Anwar yang sah berjaya sebagai Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri sewaktu dalam BN dulunya.
Tetapi apa boleh buat semua dipertaruhkan oleh parti dan beliau menerimanya dengan berat hati maklumlah di era Dato' Seri Anwar nama beliau terutamanya abangnya Amin Shah menjadi sebutan di mana sahaja khususnya di Pulau Pinang.
Senario ini jelas membuktikan Umno di Permatang Pauh tiada calon yang lebih berwibawa untuk menentang Dato' Seri Anwar sehingga memaksanya berlawan dengan bekas Ahli Parlimen kawasan terbabit.
Rata-rata masyarakat yang ditemui menyifatkan Dato' Ariff Shah seorang yang kuat berjanji tetapi sukar mengotakanya barangkali terlalu sibuk dengan tugasanya sebagai Adun pembangkang di negeri ini.
Beliau juga dikatakan gagal menangani masalah perumahan Sutera Prima yang berada dalam Dunya sendiri.
Penduduk yang terjejas dengan keretakan serius rumah tidak langsung berpeluang berjumpanya sehinggalah campur tangan Timbalan Ketua Menteri, Mohamad Fairuz Khairudin ke situ.
Sebelum itu, beliau tidak bertindak apa-apa termasuk mengadakan perjumpaan dengan pembeli perumahan di situ atau kata lain cuba melarikan diri.
Begitu juga dengan isu projek di belakang Masjid Jelutong, sebelah pulau di mana beliau yang diamanahkan sebagai orang tengah antara penduduk Kampung Masjid dengan pemaju Concord Lane Sdn Bhd bagi mendapatkan pampasan akhirnya diam begitu sahaja.
Sedangkan penduduk seramai 13 orang masih menanti janji pemaju mengantikan rumah bernilai RM120 ribu seorang hasil pengorbanan mereka berpindah untuk menyenangkan proses pembinaan.
Itulah antara rekod yang diamalkan oleh calon BN kononya mahu membela nasib rakyat di Permatang Pauh kerana terabai disebabkan sembilan tahun di bawah pembangkang. - mns_
No comments
Post a Comment