Muazakarah : Jom bincang pasal ISA , Memali , Rasuah... bukan kerusi!
Mursyidul ‘Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz telah menyatakan syarat bagi mengadakan muzakarah PAS dengan Umno.
Beliau berkata bahawa PAS Kelantan pernah mengalami sejarah pahit berpecah tiga sewaktu menerima ajakan Umno supaya masuk BN dalam tahun 80-an dulu; ada Hamim , Berjasa dan Bebas Bersatu.
“Bila Umno agak segar semula dan kuat , mereka tendang kita keluar dan kita jadi seperti ‘kera sumbang’,” kata tuan Guru.
“Kita pernah jatuh bangun semula beberapa kali dan beberapa tahun kemudian , kita telah kuat semula dan muncul pula Semangat 46 dimana akhirnya kita telah dapat memerintah Kelantan dan bila mereka keluar , mereka maki-maki kita lebih kurang sahaja,” katanya dengan disambut ketawa para hadirin.
“Sekarang ini, Umno kalah di Kelantan dan di banyak lagi tempat baru-baru ini.Umno kalah kerana PAS menang.Kemenangan PAS adalah kerana disokong oleh orang-orang Melayu PAS lama, oleh bekas-bekas orang Umno sendiri yang kuat-kuat, oleh orang Cina dan India ; lalu Umno minta bermuzakarah pula ; dalam masa yantg sama pegawai-pegawai kerajaan yang sokong kita ditukarkan, anak-anak kita yang bersekolah tidak diberikan bantuan , petani-petani dipaksa bersumpah untuk menerima baja,” katanya lagi.
Beliau menyatakan persetujuannya jika bermuzakarah membincangkan hal-hal tersebut dan bukan berbincang atas hal pembahagiaan kerusi atau perkongsian kuasa.
Dengan tegas , Tuan Guru menyatakan beliau menentang bermuzakarah dengan Umno atas pembahagian kerusi atau kuasa.
“Umno mengajak kita bermuzakarah bukan untuk mengajak ke ugama tetapi kerana benda lain; maka itu tidak boleh,” katanya dengan tegas.
“Kenapa Umno tidak boleh terima Islam Syamil seperti mana yang di buat oleh Kelantan – Aqidahnya cara Islam, ekonominya cara Islam dan budayanya pun cara Islam? Kenapa Umno berkeras dengan Kebangsaan dan hanya mahukan Islam separuh-separuh?” Tanya Tuan Guru.
“Kita akan menjadi menteri dengan usaha kita sendiri. Dengan Pakatan Rakyat , kita mampu untuik menjadi menteri dan kita boleh menjadi kerajaan.”
Tuan Guru mengingatkan bahawa Umno hanya mahu menumpang kemenangan PAS ibarat mahu menumpang perahu dan akan menggunakan cara mereka untuk menendang kita dan membalikan perahu tersebut suatu masa nanti.`
Tuan Guru mengingatkan tentang risiko perpecahan yang akan dihadapi oleh PAS jika menerima pelawaan bermuzakarah dengan Umno setelah orang-orang Umno sendiri yang bencikan Umno masuk dan menyokong PAS , orang-orang MCA dan MIC keluar parti dan menyokong PAS. Apa kata mereka semua ini nanti?
Umno akan berjaya memecah belahkan Pakatan Rakyat jika PAS menerima ajakan muzakarah dengan Umno atas sebab-sebab selain Islam Syamil.
Apakah Umno sanggup melupakan Islam Hadharinya dan menerima syarat Tuan Guru bermuzakarah untuk menegakan Islam Syamil?
Saya beranggapan bermuzakarah dengan Umno ini hanyalah membuang masa sahaja.Mereka akan terus membina kekuatan dan akan menentang PAS dengan segala kekuatan yang sedang mereka kumpulkan.
Umno mesti buktikan keikhlasan mereka bukan sekadar meluluskan permit pengeluaran Harakah dua kali sebulan. Apa cerita dengan ISA? Apa cerita dengan kes Memali?
Kes Kementerian Pelajaran yang terus berdegil bertindak bangang dengan tidak mahu mengiktiraf Menteri Besar Pakatan Rakyat di lima negeri dengan tidak membenarkan gambar Menteri Besar digantung di sekolah-sekolah.Demikian juga di jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
Umno tak usah cakaplah atas kepentingan Melayu kerana merekalah yang menyebabkan Bahasa Melayu sebagai penunjuk bangsa itu sendiri entah kemana kehormatannya di letakan.
Umno tak usah cakaplah pasal kepentingan agama Islam sedangkan kemungkaran seperti arak , judi dan persundalan dan rasuah masih terus menjadi budaya masyarakatnya yang kononnya agama resminya ialah Islam.

No comments
Post a Comment