Kunjungan Mengejut MB Perak Ke Sudut Media Muktamar

Rasa penat dan mengantuk warga media terubat seketika apabila Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menjenguk ke sudut media di dewan Muktamar Tahunan PAS ke 54, Stadium Indera Mulia, sebentar tadi.

Nizar yang diiringi Pengurus Operasi Pembangunan Perniagaan Harakah, Shuhaimi Embong, tanpa diduga menyapa dan bersalaman para wartawan sebaik saja sidang muktamar hari ini berakhir kira-kira 6.15 petang tadi.

Beliau yang berbaju Melayu berwarna peach dengan ramah bertanya khabar kepada wartawan Harakah yang sedang menyiapkan tugasan masing-masing.

“Idak ke letih yop…,” usik beliau kepada Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mohd Jam dan rakan-rakan wartawan yang lain.

Beliau juga yang mesra rakyat tidak keberatan untuk bergambar bersama pasukan wartawan Harakah, yang tidak jemu-jemu sejak 15 Ogos lalu membuat liputan langsung muktamar.- tmj/mr_ Harakahdaily.

No comments

Powered by Blogger.