Logo Anjing:Penulis Blog Penarik Beca Mohon Maaf,Dijamin RM10,000

Logo anjing: Penulis Blog Penarik Beca Mohon Maaf

kemaskini 7:50pm Seorang penulis ditahan polis selama dua hari kerana memaparkan imej kepala anjing di lambang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di blognya.

Abu Bakar Mohd Rashid juga disiasat berhubung artikelnya yang bertajuk ‘Kenapa tidak usik Raja Petra’ di blognya ‘Penarik Beca’ (www.penarikbeca.blogspot.com) pada 14 Julai lalu.

Ditemui Malaysiakini selepas dibebaskan di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur, beliau menyatakan kesal dengan tindakannya itu dan memohon kepada pasukan polis.

abu bakar mohd rashid penarik beca 0808081Di lambang itu, imej muka harimau digantikan dengan muka anjing yang sedang menyalak, perkataan Allah digantikan dengan simbol wang, perkataan Muhammad (bahan letupan C4) dan simbol Zionisme (di atas mahkota).

Menurut wartawan sambilan itu, lambang PDRM yang diubah itu diambil daripada laman web lain - bagaimanapun beliau tidak menyebutnya.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan dikehendaki melapor diri di ibu pejabat polis yang sama pada 20 Ogos jam 10.30 pagi.

Beliau disambut oleh isterinya Salwah Abd Samad dan empat rakannya di balai tersebut kira-kira 5.40 petang tadi.

Ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata gambar anjing pada lambang PDRM “satu percubaan untuk menghasut orang ramai membenci polis”.

Beliau dilaporkan berkata, polis yang memandang serius cubaan itu akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencemar imej dan kredibiliti pasukan itu.

Menurut Bernama, penulis blog itu ditahan di rumahnya pada pukul 10 malam di Taman Koperasi Polis, Gombak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

penarik beca sang kutu website blogspot 070808Penulis itu kemudian dibawa dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian berkenaan hingga saat ini.

Mengulas artikelnya tentang

“Saya memohon maaf mana-mana yang tersinggung kepada semua (anggota) polis. Tetapi tulisan dalam artikel itu saya pertahankan,” katanya.

Semalam polis mereman Abu Bakar untuk sehari bagi melanjutkan siasatan tersebut.

Polis sebelum ini pernah menahan beberapa penulis blog termasuk pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin bagi siasatan bawah akta yang sama.

Peguamnya Mohamed Hanipa Maidin semalam berkata, penahanan Abu Bakar mungkin bermotifkan politik dan untuk menakut-nakutkan penulis blog.

Peguam itu menambah, penahanan tersebut bertentangan dengan janji perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mewujudkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.

http://www.malaysiakini.com

No comments

Powered by Blogger.