Pentadbir 'lebih senduk daripada kuah'

Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dicadangkan kerajaan untuk dibentangkan sesi Dewan Rakyat akan datang tidak akan membantu meluaskan ruang kebebasan kepada ahli akademik dan pelajar, kata seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Masalah di universiti ini, penguasaan golongan pentadbir yang lebih senduk daripada kuah," kata pensyarah kanan di jabatan sains politik UKM Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman.

Beliau menambah, kebebasan di universiti tidak bergantung kepada pindaan AUKU, sebaliknya "sebahagian pentadbir yang prokerajaan mengambil sikap mengawal aktiviti pelajar".

Pindaan AUKU, tambahnya, jika ingin benar-benar berkesan harus menilai cara penguasaan golongan ini di universiti.

http://www.malaysiakini.com/news/87577

No comments

Powered by Blogger.