Kerajaan tidak sedia laksana GST – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bersedia melaksanakan cukai perkhidmatan kerajaan (GST) menyebabkan pelaksanaan skim itu ditangguhkan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub.

Beliau berkata, keputusan penangguhan itu dibuat Kementerian Kewangan dan bukannya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan.

"Walaupun, ada GST kita (KPDNK – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan) membuat kawalan juga kerana bimbang ada pihak yang menaikkan harga.

"Jadi dengan penangguhan pelaksanaan itu, sudah tidak ada isu mengenai GST," katanya di lobi Parlimen hari ini sebagai mengulas mengenai keputusan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu.

Penangguhan pelaksanaan GST itu diumumkan Kementerian Kewangan, Isnin lalu dalam satu kenyataan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, sebaliknya menegaskan bahawa “kesungguhan politik” kerajaan ketika ini adalah mendahulukan kepentingan rakyat dengan memberi penerangan secara mendalam sebelum kerajaan melaksanakan
sistem GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diamalkan ketika ini.

Kepentingan rakyat

Tegas beliau,"maka daripada segi kepentingan rakyat, kerajaan percaya rakyat perlu diberikan penerangan mengenai GST.

"Mereka juga diberi peluang untuk memberikan input masing-masing sekiranya ada, supaya akhirnya sistem GST yang dilaksanakan kelak menjadi sistem yang sama-sama dimahukan oleh rakyat dan kerajaan," katanya selepas melawat rumah Mustafa Ismail, 80, seorang pesara Telekom Malaysia di Taman Meru di sini, semalam.

Ismail yang juga ahli Parlimen Bera mengulas mengenai keputusan Kementerian Sumber Manusia untuk melaksanakan gaji minima tahun depan.

Beliau berkata, pelaksanaan gaji minima tidak memberi impak kepada harga barangan di seluruh negara. Kementerian mempunyai akta untuk melindungi pengguna supaya harga barangan dan perkhidmatan tidak membebankan pengguna," katanya.

Baru-baru ini Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam mengumumkan kerajaan akan melaksanakan skim gaji minima tahun depan.

Pelaksanaan gaji minima ini sudah lama diperjuangkan oleh kesatuan sekerja di seluruh negara.


najib tau rakyat marah, tanda pilihanraya semakin hampir

No comments

Powered by Blogger.