Peniaga Kedai Runcit Angkut Rokok Seludup Didenda RM90,000
KUALA TERENGGANU, 17 Okt (Bernama) -- Seorang peniaga kedai runcit hari ini didenda RM90,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mengangkut rokok seludup tiga tahun lepas.
Azizi Embong, 28, dari Pulau Duyong, juga berdepan hukuman penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh bersalah mengangkut 440 karton rokok bernilai RM8,450 dengan sebuah van di depan Sekolah Menengah Tengku Mizan, Jalan Bukit Cempaka-Batu Rakit di sini, pada 6 petang, 21 Jun 2007.
Dia didakwa mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda 20 kali ganda nilai barangan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Azizi yang diwakili peguam Wan Zainuddin Wan Musa, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dan Pegawai Pendakwa Koh Joo Kai telah memanggil 11 saksi sepanjang perbicaraan kes itu.

No comments
Post a Comment