Pilihan raya negeri Sarawak sudah hampir

Oleh Stephen Winfred

KUCHING: Terdapat tanda-tanda jelas pilihan raya negeri ke 10 Sarawak akan diadakan tidak lama lagi, diramalkan seawal peghujung bulan ini atau pada November.

Pemerhati politik juga tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri di adakan serentak dengan pilihan raya kecil Galas di Kelantan, selepas mesyuarat perwakilan Umno di Kuala Lumpur dari 19 hingga 24 Oktober ini.

Kemungkinan pilihan raya di adakan serentak timbul setelah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Abdul Aziz terbang ke Sarawak untuk menemui Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud lewat minggu sudah.

Sarawak berada dalam mood pilihan raya sejak sebulan lalu dan tandanya lebih jelas apabila Taib, yang sebelum ini diramalkan akan mengundur diri sebelum pilihan raya, mengesahkan minggu lalu bahawa beliau akan menerajui Barisan Nasional (BN) negeri.

Taib membuat pengumuman itu di depan lebih 7,000 orang, satu jumlah yang tidak disangka, termasuk menteri-menteri kabinet negeri, penyokong-penyokong BN dan para wakil dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching selepas mengadakan lawatan ke luar negeri.

Sehari selepas itu, beliau memberitahu para pemberita bahawa berkemungkinan besar beliau akan mempertahankan kerusinya di kawasan Balingan, hingga menyebabkan angin bertiup lebih kencang bahawa pilihan raya negeri sudah hampir.

Kedua-dua pengumuman ini mencetuskan spekulasi kuat bahawa ramai berkata, ini merupakan isyarat-isyarat jelas daripada Taib bahawa pilihan raya negeri telah hampir.

Setiausah Agung BN Sarawak Stephen Rundi juga mengisytiharkan bahawa jentera BN negeri telah bersiap sedia "sepenuhnya" dan pusingan pertama program menjelajah negeri (roadshow) sudah bermula.

"Kami sudah bersedia bila-bila masa Pehin Seri (Taib) mahu mengisytihar pilihan raya," katanya memetik akhbar-akhbar harian di Bumi Kenyalang itu.

Sejak kembali dari luar negeri minggu sudah, Taib menjelajah di seluruh pelusuk negeri menemui rakyat di berbagai acara dan program. Ini merupakan sebahagian dari "roadshow" dan telah bermula.

No comments

Powered by Blogger.