adakah speaker dewan yang bastard?-malaysiakini


Naib Presiden PAS Haji Husam Musa mendakwa, ketuanan Umno tidak lagi berbisa bila mengulas pembebasan Raja Petra Kamarudin dari kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Walaupun saya bersetuju bahawa tujuan sebenar ISA ialah sebagai kubu pertahanan terakhir ketuanan Umno, tetapi saya tidak pula bersetuju bahawa ketuanan Umno tidak lagi berbisa.

Kalau tak percaya, tanyalah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Kalau Umno tidak lagi berbisa, tentulah beliau akan menghukum Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang menyelap di dalam Dewan dengan perkataan "This is bastard. He is bastard" (Ini anak haram. Dia anak haram) dan "You are bloody bastard!" di dalam Dewan terhadap M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).

Sekarang, tersiarkhabarlah betapa berbisanya ketuanan Umno (Sila lihat berita Malaysiakini 7/11/08 bertajuk "Bastard: Tindakan tegas untuk Tajuddin").

Saya melihat sendiri apa yang berlaku. Tajuddin dirasuk entah apa-apa apabila Kulasegaran mendakwa penduduk India di Pasir Salak membencinya. Apabila diminta membuktikannya, wakil DAP itu berkata beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Telok Intan yang berjiran dengan Pasir Salak dan beliau memang tahu saudara-mara serta kawan-kawannya membenci Tajuddin.

"Saya ada pergi ke Pasir Salak, saya sebelum ini pernah jadi Ahli Parlimen Telok Intan, it is beside Pasir Salak. Saya ada keluarga di sana, I got friends, a lot of them yang tidak suka kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Itu salahkah? Itu tohmahan-tohmahan politik saya yang saya dapat. Ini dari apa yang... So is it wrong for me to speak the truth?"

Tajuddin boleh menggunakan pelbagai cara untuk mengasak Kulasegaran. Jika beliau cerdik, orang tua itu boleh menjadikan wakil DAP itu mati akal. Tajuddin juga boleh mendakwa orang-orang Melayu di Ipoh Barat membenci Kulasegaran. Dakwa pi la.

Tetapi beliau lebih lazat dengan maki hamun dan mencerca orang sebagai anak haram. Menuduh mak bapak orang berzina sehingga melahirkan anak haram. Kalau saya, saya tidak akan maafkan.

Walaupun kesalahan Tajuddin itu sangat besar, Wan Junaidi dengan selamba melepaskan Tajuddin (Lihat hansard Dewan Rakyat 5 November lalu di sini). Ah, alangkah berbisanya Umno.

Pada 26 Oktober lalu, Tajuddin mencabar Wan Junaidi mengambil tindakan ke atasnya:
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa terkilan dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua, sebab apa, pihak kami berada dalam keadaan disadvantage dengan izin, setiap kali kita nak menjawab apa yang dibangkitkan pihak pembangkang, kita disekat, disekat, disekat, bagaimana kita hendak jawab, kalau macam ini saya tidak setuju, kalau Tuan Yang di-Pertua, nak ambil tindakan kepada saya pun, ambillah. Betul, ambillah. [Dewan riuh] Ambil, come on let’s be fair dengan izin, you dengar ini, dengar.
Apa Wan Junaidi jawab? "Tidak apa Yang Berhormat, memang macam tu Yang Berhormat". Lihat hansard Dewan Rakyat 29 Oktober lalu di sini.

Umno masih berbisa, Husam! Tak gitu, Wan Junaidi? Banyak lagi contoh yang boleh saya berikan. Yang Dipertua Dewan Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dua timbalannya Wan Junaidi dan Datuk Ronald Kiandee sama ja - dua kali lima semuanya.

Betapa berbisanya Umno apabila mereka menukarkan hasrat mereka untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai world class parliament kepada parlimen yang... sendiri mau ingatlah! Malaslah saya nak tulis. Sakit hati!
http://penarikbeca.blogspot.com/

haprak punya speaker...bila pihak kerajaan bahas hang wat lembik je...woi bangang!!!!

1 comment

jimie said...

ko yg bangang sebnarnye termasukl anuar pin & hadi hindraf

Powered by Blogger.